Menang Trofi Gandingan Ser4si Dgn Pelakon Cantik Ini, Sekali Kata2 PU Riz T4rik Perhatian

KUALA LUMPUR: Kali pertama digandingkan dalam filem bercorak drama Islamik, Ada Apa Dengan D0sa, PU Riz dan Wanna Ali membolot trofi kategori online, Gandingan Serasi Filem Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34.

Penampilan sulung Riz yang juga suami Neelofa di layar perak dengan Wanna yang julung kali ditawarkan watak utama dalam filem, ternyata berbaloi.

Riz atau nama sebenar, Haris Ismail menyifatkan trofi dimenangi sebagai suatu pengiktirafan.

“Terima kasih ABPBH 34 dan BH kerana memberikan pengiktirafan melalui majlis ini. Walaupun ramai calon lain lebih hebat, tapi rezeki berpihak kepada saya dan gandingan filem ini,” katanya kepada BH Online.

Riz berkata, skrip filem Ada Apa Dengan D0sa dihasilkan bersama bekas wartawan, Rudy Imran Shamsuddin.

“Saya memfokus bahagian skrip yang berat dan memerlukan perhatian mereka yang lebih arif terutama dalam soal agama. Saya rombak dan tulis semula.

Riz atau nama sebenar, Haris Ismail menyifatkan trofi dimenangi sebagai suatu pengiktirafan. – Foto NSTP

“Bagaimanapun, tunjang skrip iaitu kira-kira 80 peratus ditulis Rudy,” katanya.

Sementara itu, Wanna Ali terkejut memenangi kategori berkenaan.

“Semoga kejayaan ini dapat membuka pintu rezeki untuk saya. Ini filem kelima yang saya lakonkan tetapi yang pertama membabitkan peranan utama.

“Empat filem terdahulu saya membawa watak pembantu iaitu Aku Ada Kau Ada, Tokan, Bopeng dan Coast Guard,” katanya.

Filem Ada Apa Dengan Dosa arahan Rahila Ali sepatutnya ditayangkan di pawagam, September tahun lalu. Namun, berikutan pandemik c0vld-19, filem itu ditayangkan di Astro First, Jun tahun lalu.

Gandingan Riz dan Wanna mengalahkan calon lain, Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose (Jebat), Syafiq Kyle dan Mimi Lana (Saka Nan Sepi), Nabil Aqil dan Ika Nabella (Takut Ke Tak) dan Syahmi Sazli dan Emaleen Minhad (Mael Totey The Movie).

Pu Rizz ada berkongsi pengumuman tersebut di IG Sorty beliau

Terdahulu Rosyam Noor pernah puji Pu Rizz dan Neelofa pasangan serasi

Pada Mac lalu pernikahan antara usahawan dan selebriti popular, Noor Neelofa yang sah bergelar isteri kepada PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail telah menamatkan segala spekulasi mengenai mereka.

Tidak terlalu mendedahkan kisah mereka kepada umum mengundang berita penikahan Neelofa dan jejaka pilihan hatinya itu mendapat perhatian meluas di media sosial.

Walau bagaimanapun, melihat pasangan bahagia ini di satu rakaman video menerusi IG Live Sembang Viral bersama Datuk Rosyam Nor dan Haris Ismail membuatkan pujian pelakon terkenal itu mencuri tumpuan umum.

Perkongsian semula di aplikasi, TikTok itu pada awalnya memaparkan Datuk Rosyam Nor dan Haris Ismail namun tiba-tiba muncul isterinya, Neelofa mengundang warganet juga tumpang gembira melihat kebahagiaan pasangan bagai pinang dibelah dua ini.

Kata-kata pujian Rosyam Nor buat Neelofa dan Haris Ismail yang mengatakan bahawa mereka adalah pasangan serasi dan mengulang kata-katanya itu lalu video terbabit ditonton 1.6 juta kali di ruangan aplikasi tersebut.

Melihatkan video itu juga netizen diruangan komen membanjiri dengan pelbagai reaksi positif terhadap pasangan selebriti dan usahawan ini sehingga mereka hangat mendapat perhatian sekali gus menerima ribuan tanda suka ramai di hantaran video tersebut.

“Aku tak sabar tengok muka anak dia…”

Info Dan Sinopsis Filem Ada Apa Dengan Dosa

Ada Apa Dengan Dosa merupakan sebuah filem drama Islamik 2020 arahan Rahila Ali terbitan Pencil Pictures & Records.

Menampilkan gandingan pelakon Wanna Ali, Haris Ismail (PU Riz), Fasha Sandha, Ashraf Muslim, Fauziah Nawi dan ramai lagi.

Sinopsis

Aurora (Wanna Ali), seorang gadis berusia 19 tahun yang merupakan anak luar nikah dan dibesarkan oleh sebuah keluarga bukan Islam di Eropah.

Selepas mengetahui identiti dirinya, Aurora yang kecewa nyaris membunuh diri, sebelum kehadiran seorang jejaka bernama Khaliq (Haris Ismail) yang mengubah kehidupannya.

Khaliq menemani Aurora dalam usaha pencarian ibu bapa kandungnya yang berada di Malaysia.

Ibu kandung Aurora, Siti Zahrah (Fasha Sandha) masih lagi dibelenggu dengan dosa masa lampau. Manakala bapa kandungnya, Ustaz Aariz (Ashraf Muslim) yang juga seorang ustaz terkenal enggan lagi dibayangi kisah silam, lantas menidakkan kehadiran Aurora sebagai anak kandungnya kerana bimbang maruahnya akan tercalar di mata masyarakat.

Pelakon

Dibintangi Wanna Ali, Haris Ismail (PU Riz), Fasha Sandha, Ashraf Muslim, Adam Corrie, Fauziah Nawi dan ramai lagi.

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah filem terbitan Pencil Pictures & Records di bawah arahan sutradara Rahila Ali.

Wanna Ali jumpa ‘chemistry’ dengan PU Riz dalam ‘Ada Apa Dengan D0sa’ – “Dia berilmu, ada latar belakang agama!”

PERTAMA kali memegang watak utama dalam filem Ada Apa Dengan Dosa, pelakon Wanna Ali mendedahkan dia penah hampir berputus asa dan tidak mahu meneruskan lakonan kerana terlalu tertekan.

Wanna, 23, bagaimanapun berkata semangatnya kembali pulih setelah menerima sokongan dan kata-kata semangat daripada dua pelakon iaitu Pencetus Ummah (PU) Riz dan Ashraf Muslim.

“Ini filem pertama saya bawa watak her0in dan perlu bermain dengan pelbagai emosi sampaikan ada satu masa itu saya jadi sangat down dan rasa macam tak boleh nak teruskan lakonan.

“Tapi mujurlah saya dapat semula semangat itu apabila PU Riz dan Ashraf Muslim datang beri kata-kata sokongan dan minta saya tidak putus asa untuk teruskan penggambaran.

“Sampai sekarang saya masih ingat lagi pesanan dan nasihat yang diberikan oleh mereka… susah nak jumpa pelakon yang mempunyai sikap sentiasa menyokong seperti itu,” katanya kepada mStar.

Ashraf Muslim dan PU Riz beri semangat kepada Wanna untuk terus bangkit.

Selain Wanna Ali, PU Riz dan Ashraf Muslim, filem ini turut dibintangi oleh Fasha Sandha, Fauziah Nawi dan Adam Corrie.

Sementara itu, Wanna memberitahu dia selesa bergandingan bersama PU Riz dalam naskah terbaharu ini dan mengakui menemui keserasian dengan pendakwah muda berkenaan.

Hubungan rapat kami itu seperti saudara sahaja dan tak ada istilah cinta-cinta! Ibu bapa kami pun berkawan sejak dahulu

“PU Riz sangat membantu. Kami pun dah rapat macam saudara sendiri. Malah, sebelum ini pun kami dah berkawan, jadi tak susah nak cari chemistry itu.

“Tambahan pula ini filem dakwah, PU Riz memang ada latar belakang agama, dia sangat berilmu dan membuatkan proses penggambaran berjalan sangat baik!.

“Hubungan rapat kami itu seperti saudara sahaja dan tak ada istilah cinta-cinta! Ibu bapa kami pun berkawan sejak dahulu,” katanya.

Wanna bersama ibunya yang juga Penerbit Pencil Pictures and Records, Datuk Ayu Puteh.

Ditanya mengenai cabaran melakonkan watak Aurora dalam filem berkenaan, Wanna berkata agak sukar untuk dia melakonkan babak sedih sehingga perlu menitiskan air mata.

“Salah satu babak yang paling mencabar apabila Aurora bertemu ibu bapa kandungnya dan memerlukan saya bermain dengan emosi.

“Sejujurnya saya ini bukanlah pelakon air mata, jadi saya perlu terjemahkan kesedihan itu sehinggalah perasaan itu benar-benar dirasai oleh pengarah.

“Pengarah Rahila Ali pula sangat teliti mengenai lakonan dan dia akan suruh buat setiap babak berulang kali sehinggalah semuanya berpuas hati,” ujarnya.

Ada Apa Dengan Dosa yang dijadualkan tarikh tayangan pada 24 September di pawagam terpaksa ditayangkan di saluran Astro First pada Khamis ini berikutan keadaan negara yang masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Filem ini mengisahkan Aurora yang kembali mencari sinar Islam dan keluarga kandung selepas ditinggalkan di rumah anak yatim sejak lahir.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : bartasangbad.site via dnq.pw

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Menang Trofi Gandingan Ser4si Dgn Pelakon Cantik Ini, Sekali Kata2 PU Riz T4rik Perhatian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*