Ramai Seb4k Lihat Rlak Wajah Shuib Masa Majlis Ckur Rambut Dan Tahnik Ayash Affan

Petaling Jaya – Sebelum ini pelawak Shuib Sepahtu berkongsi wajah anak bongsunya iaitu Ayash Affan selepas hampir dua bulan dilahirkan.

Menerusi Instagram, Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad, 37, memuat naik rakaman video bayi tersebut untuk tatapan peminat di laman berkenaan.

“Assalammualaikum, nama saya Ayash Affan Shahmira. Terima Kasih kerana mendoakan kesejahteraan saya,” tulis Shuib pada ruangan kapsyen. Dalam video berdurasi dua minit lapan saat itu, Ayash dilihat sedang tidur lena di atas katil bayi.

 

Perkongsian Shuib itu mengundang sebak dalam kalangan peminat tatkala mengenang Allahyarham Siti Sarah yang mening.gal dunia selepas melahirkan puteranya itu.

Shuib turut mengimbau perbualan dengan arwh isteri yang berulang kali meminta menjaga anak keempat apabila dilahirkan, tanpa mengetahui petanda arwh isteri akan meninggalkan mereka sekeluarga buat selama-lamanya.

“Alhamdulillah, hari ini jumpa Ayash. Masih ingat lagi ibu selalu cakap benda yang sama berulang kali. Baby keempat ini u jaga tau. U jaga tau, u jaga ok.

“Insya-Allah sayang, i akan jaga dia macam mana jaga u. Sampailah dia jadi anak yang soleh. Anak yang akan menjadi kebanggaan u, dunia dan akhirat. Anak yang selalu dekat dengan Allah, cuma i mohon u doakan.

 

“Perjalanan i masih jauh. Doakan i selalu kuat. I love u sayang,” tulisnya.

Malah rakan artis juga tidak ketinggalan menuliskan komen dan mendoakan semoga bayi itu diberikan kekuatan melalui kehidupan tanpa seorang ibu di sisi.

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di PPUKM Kuala Lumpur a.kibat C0vid 19.

Allahyarham menjalani pemb.edahan bagi mengeluarkan Ayash ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu. Selain Ayash, Allahyarham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.

Majlis Cukur, Aqiqah Ayash Affan Dan Tahlil Hari Ke 100 Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin

 

 

Menerusi perkongsian terbaru di IG, hari ini merupakan majlis buat ayash affan serta tahlil hari ke 100 buat Allahyarham Siti Sarah.

Pelawak Shuib mengakui ada ketikanya dia menitiskan air mata setiap kali terkenang arwh isterinya, penyanyi Allahyarham Siti Sarah.

Menurut Shuib, 37, atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, emosinya sering terganggu sejak kehilangan isteri 9 Ogos lalu.

Shuib bagaimanapun mendedahkan status emosinya kian baik dan masih bertemu dengan doktor pakar ps1kiatri tiap minggu.

 

“Hari ini genap 100 hari pemergian isteri. Anak-anak okay cuma sesekali cakap mak mereka dah tiada. Kalau saya pula memang rindu. Perasaan itu masih tak boleh ‘move on’ dan senang menangis apabila teringat dia.

“Kalau ikutkan saya ini jenis yang kenal diri sendiri dan penuh dengan motivasi sebab selalu bagi ceramah di sana sini.

“Tapi apabila ini terjadi, ia terlalu cepat dan memang ambil masa untuk terima. Saya cuba nak ‘move on’, tapi perasaan saya dia ada saja. Tengok anak-anak, ingat dia,” katanya.

 

Shuib ditemui pada majlis aqiqah, cukur jambul dan tahnik anak keempatnya, Ayash Affan dan tahlil sempena 100 hari pemergian Siti Sarah di Puchong, Selangor.

Sementara itu, Shuib turut berkongsi dia masih belum pernah mimpikan arwh isteri sejak pemergiaannya.

“Apabila nak buat majlis di sini, rasa dia ada saja. Sebab ketika mula pindah di sini dia memang suka buat majlis di sini. Memang sedihlah.

“Tapi, saya belum pernah mimpikan dia lagi. Sekali pun tidak ada lagi. Hanya anak ketiga, Mateen saja ada mimpi selepas tiga hari dia pergi. Anak lain pun tidak ada lagi,” katanya.

Mengakui berat badannya sedikit susut, Shuib akui dia juga hilang selera makan.

“Ya saya kurang makan sebab tak lalu. Sudah tiga bulan tak selera makan. Kalau dengan arwh dulu dia suka makan. Jadi, saya tak boleh tolak.

”Malah, jam 2 pagi pun boleh makan lagi. Sekarang makan bila lapar ja. Itu yang badan susut sikit,” katanya.

 

Reaksi Orang Ramai

Moga ayash affan.sehat hendak nya dn menjadi ank yg soleh.berjaya dunia akhirat. Shuib kuat dn tabah. Demi anak2.

 

Alhamdulillah. Semoga Ayash membesar sihat dn dipermudahkm segala urusan…Aamiin.

Terus rasa sebak bergelinangan air mata. terbayang a.rwah siti sarah. Ya Allah kuatkan hati keluarga ini dan jdkan la anak2 mereka anak yg memudahkan urusan ayahnya.

Sedih nye ya allah..semoga baby ayash membesar dgn sihat dan menjadi anak yg soleh.

 

Kenapa aku lak rasa nak menangis tgok syuib pegang ayash, Allahuakbar sebaknya.. Nampak kesedihan dimuka Shuib.

Muka ib sedih..mungkin terkenang kan a.rwah klu lah ada menyaksikan..allahu.

 

Kredit : MH/IG/OM

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : http://trendinggiler.pw/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Ramai Seb4k Lihat Rlak Wajah Shuib Masa Majlis Ckur Rambut Dan Tahnik Ayash Affan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*