Sejak petang tadi, tular di media sosial berkenaan satu video seorang lelaki yang bertindak kasar dengan merampas beg seorang pemandu wanita yang mengandungi kad pengenalan kerana bimbang dia melarikan diri.
Walaupun kereta lelaki itu yang menjadi mangsa pelanggaran, namun ramai yang tidak bersetuju dengan tindakannya yang begitu kasar kerana dia sama sekali tidak mempunyai hak untuk memegang kad pengenalan orang lain.
Marah sangat kereta dil4nggar
Video tersebut telah dimuat naik oleh satu akaun TikTok dikenali sebagai @zairulnaimft apabila memberi nasihat supaya tidak melakukan tindakan kurang cerdik jika berlaku kemalangan kepada pemandu jalan raya.
Ramai rasa tindakan tak wajar
Walaupun tiada sebarang penjelasan mengenai kejadian yang berlaku, namun menerusi ruangan komen pengguna TikTok tersebut, ramai yang merasakan tindakan lelaki itu tidak wajar kerana meminta kad pengenalan orang lain sesuka hati adalah satu kesalahan.
Lebih memburukan keadaan apabila dia mengambil beg pemandu wanita itu secara paksa dan membawa masuk ke dalam keretanya bagi dengan alasan enggan pemandu tersebut lari daripada bertanggungjawab diatas pelanggaran tersebut.
Dah viral macam ni lagi bahaya
Lelaki tular rampas beg ketika kem4langan kena tahan
SHAH ALAM – Seorang lelaki yang dipercayai merampas beg tangan wanita yang melanggar keretanya di Kilometer 14.6 Lebuh Raya Persekutuan di sini, hari ini ditahan polis bagi membantu siasatan.
Insiden pukul 1.33 tengah hari itu tular di media sosial menerusi video yang memaparkan lelaki berusia 56 tahun berkenaan meminta wanita tersebut supaya menyerahkan kad pengenalan.
Menerusi video berdurasi satu minit 30 saat itu, lelaki berkenaan kemudian merampas beg tangan dan memasuki keretanya dipercayai untuk membuat laporan polis berhubung kemalangan tersebut.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan pihaknya mendapati kemalangan melibatkan tiga kenderaan itu berlaku di lebuhraya dari arah Klang menuju Kuala Lumpur.
Katanya, kejadian berlaku apabila sebuah kereta BMW dipandu seorang wanita dikatakan terlanggar bahagian belakang kereta lelaki tersebut.
“Pelanggaran itu kemudian menyebabkan kereta Proton Gen 2 lelaki berkenaan kemudian melanggar sebuah Honda HRV di hadapannya.
TANGKAP layar lelaki yang merampas beg wanita dalam kemal4ngan itu.
“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan. dan kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Jelas beliau, pihaknya turut membuka kertas siasatan berhubung tindakan pemandu lelaki yang dikatakan merampas beg tangan pemandu BMW tersebut.
“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 379 atau 323 Kanun Keseksaan,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Sarjan Hafizi Hashim di talian 013-9557042 bagi membantu siasatan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : trendingsangat.pw
Be the first to comment on "Beng4ng kereta dil4nggar, ini yg berlaku kpd lelaki selepas dia rampas beg pemandu wanita"