Mahkam4h keluarkan arahan harta Sajat dis1ta dan dijual

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan harta usahawan kontr0versi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Sajat dis1ta bagi menuntut pamp4san RM200,000 yang gagal dibayar kepada bekas stokis utamanya, OWA Resources Sdn. Bhd.

Perintah penyitaan itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Farah Wahida Md. Nor selepas membenarkan permohonan Nurwati Hussin, 41 dan Mohamed Syakir Hussin, 32 dari OWA Resources.

Permohonan itu susulan kegagalan Nur Sajat bagi membayar jumlah penghakiman pada bulan Disember tahun 2020.

Pelaksanaan writ penyitaan dan penjualan dijalankan pukul 10.30 pagi tadi di rumah Muhammad Sajjad yang beralamat di Kota Damansara.

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah mendapati Sajat tidak memberi sebarang maklum balas untuk membayar pamp4san setelah gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada April lalu bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memerintahkannya membayar ganti rvgi kepada OWA Resources.

Ini seterusnya tamparan hebat kepada usaha Sajat bagi mengelak membayar pampasan yang diarahkan mahkamah setelah didapati melanggar kontrak perniagaan kerana gagal membekalkan bengkung dan girdle kepada stokisnya seperti yang dipersetujui.

Peguam Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli yang mewakili Nurwati dan Syakir dalam kenyataannya berkata, anak-anak guam fokus untuk mendapatkan pampasan yang diarahkan dibayar oleh mahkamah.

Jelas mereka, barang-barang yang disita akan dilelong di bawah harga pasaran untuk menebus pampasan yang perlu dibayar kepada pihak plaintif.

“Writ penyitaan dan penjualan telah pun ditampal di premis defendan pada hari ini.

“Sekiranya, pihak defendan tidak membuat bayaran, semua barang yang dis1ta akan dilel0nh pada 14 Disember ini,” katanya di sini.

Nurul Hafidzah menegaskan, peny1taan terhadap aset lain Sajat juga akan dilakukan sekiranya hasil pungutan lelongan itu tidak mencukupi membayar hut4ng s4man penghakiman berkenaan.

“Jika jumlah pungutan wang hasil dari lelongan masih tidak mencukupi melalui penjualan barang yang telah dis1ta hari ini, anak-anak guam akan mengambil langkah seterusnya bagi meny1ta aset-aset lain yang boleh dis1ta dan dijual,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Sajat bakal tersenarai dalam kalangan individu mufl1s di negara ini selepas pemfailan pemiutang dilakukan terhadapnya di Mahkamah Tinggi pada 22 Oktober lalu.

Prosedur tersebut merupakan langkah terakhir bagi menuntut pembayaran penghakiman RM200,000 daripada Sajat kepada Owa Resources yang merupakan bekas stokis utama bengkung usahawan terbabit.

Petisyen berkenaan difailkan selepas notis kebankrapan yang telah dikeluarkan terhadap usahawan berkenaan tidak mendapat sebarang maklum balas.

Sumber: K!ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : http://trendinggiler.pw

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Mahkam4h keluarkan arahan harta Sajat dis1ta dan dijual"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*