Bekas Pembaca Berita Tampil Beri Penjelasan Selepas Keluar Berita Suami Dia Kahwin Lain

BEKAS personaliti TV3 dan juga usahawan iaitu Sharifah Shawati menjelaskan dia sudah berpisah dengan suaminya iaitu Datuk Wan Zullkefle Wan Ibrahim sejak dua tahun lalu selepas 28 tahun mendirikan rumah tangga.

Pemilik nama sebenar Sharifah Shawati Syed Mohd ini berkata, dia berkongsi kisah itu berikutan bekas suaminya sudah berkahwin semula dan dilkhuatiri boleh mengundang salah faham umum yang mungkin menganggap mereka masih suami-isteri.

“Saya ingin menjelaskan bahawa saya telah bercerai secara sah dua tahun lalu dan ia berlaku secara aman.

“Kami memilih untuk tidak mewar-warkannya bagi melindungi privasi keluarga dan kesejahteraan anak-anak.

“Saya rasa perlu membuat penjelasan ini sekarang memandangkan dia sudah berkahwin dan saya mahu mengelak daripada penularan sebarang gosip, kesalahanggapan atau spekulasi yang tidak perlu yang boleh menimbulkan keraguan dan prasangka dan boleh menggangu ketenteraman keluarga kedua-dua belah pihak,” katanya secara eksklusif kepada mStar.

Tambah Shawati, perpisahan tersebut berlaku secara aman dan tiada sebarang konflik terjadi antara dia dengan bekas suaminya itu.

Dia sebaliknya lebih mementingkan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka selain perkembangan kerjayanya.

“Bagi saya kesejahteraan anak-anak dan keluarga saya sangat penting dan saya perlu menjaga nama baik keluarga dan memelihara reputasi peribadi saya.

“Alhamdulillah saya gembira dan bersyukur dengan kehidupan saya sekarang dan sibuk dengan kerjaya dan tugas. Saya juga gembira dia sudah mulakan hidup baru, dan saya mendoakan agar dia bahagia dan berjaya.

“Walaupun terdapat beberapa cabaran pada mulanya, anak-anak saya amat matang menyesuaikan diri dan menerimanya dengan baik.

Anak-anak Shawati iaitu Adam (kiri) dan Maya (kanan) bersama bekas suami.

“Anak-anak akan sentiasa menjadi keutamaan kami dan saya pasti bapa mereka akan terus menjalankan tanggungjawabnya terhadap mereka tanpa campur tangan mana- mana pihak luar,” ujarnya.

Shawati memberitahu kehidupannya kini lebih bahagia dan dia sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah profesional doktor falasafah (PhD).

“Saya kini sedang meneruskan ijazah professional PhD dalam bidang pentadbiran perniagaan.

“Saya juga fokus kepada pengendalian syarikat milik saya Adamaya Consultancy And Services yang memberi perkhidmatan konsultansi dan penjenamaan imej, pengendalian bengkel dan majlis serta pengeluaran produk Adamaya

“Selain itu saya juga terbabit dalam kempen membasmi penderaan dan penganiayaan terhadap Wanita dalam rumahtagga bersama Kelab Ikon Malaysia,” ujarnya.

VIDEO:

Sharifah Shawati berkahwin dengan Wan Zullkefle Wan Ibrahim pada tahun 1993 dan bercerai pada tahun 2019.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Wan Adam Shafique, 23, dan Wan Maya Letisha,20.

GLAM MEMORI: Datin Sharifah Shawati

Kerjayanya dalam bidang pengacaraan bermula sewaktu Datin Sharifah Shawati bertugas sebagai penyampai berita sambilan di RTM sebelum mula bekerja sepenuh masa pada 1988. Pada waktu sama, Shawati mengimbangi tugasan di bilik berita tanpa membelakangi tanggungjawabnya sebagai ketua pramugari bersama MAS. Pada 1995, Shawati berhijrah ke TV3 untuk slot Berita Terkini dan Buletin Pagi selama tiga bulan sebelum menjadi penyampai berita Buletin Utama. Ibu kepada dua cahaya mata ini seterusnya diberi peluang mengacarakan program televisyen lain seperti Fesyen, Di Sebalik Tabir dan Wanita Hari Ini.

Sumber : MSTAR ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : trendingsangat

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Bekas Pembaca Berita Tampil Beri Penjelasan Selepas Keluar Berita Suami Dia Kahwin Lain"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*