[VIDEO] Siti Saleha tuntut cer4i, tapi suami tak hadir JKP sebab diluar negara

TIADA persefahaman menjadi punca pelakon Siti Saleha membuat tuntutan cer41 terhadap suaminya, Ahmad Lutfi Azhar.

Perkara itu dided4hkan peguam Azmi Mohd Rais yang mewakili aktres berkenaan ketika ditemui mStar di Mahkamah Rendah Syariah Klang pada pagi Khamis.

Siti Saleha bersama peguamnya hadir bagi prosiding mendengar laporan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) berhubung kes tuntutan percer41annya namun ia ditangguhkan pada 17 Januari depan.

Hakim Syarie Mohd Hairuddin Abdul Rahim menetapkan tarikh berkenaan bagi membaca laporan JKP dan menentukan sama ada perintah percer41an dengan tal4k atau shiqaq perlu dikeluarkan atau tidak.

Siti Saleha yang memakai baju kurung hitam hadir ditemani ibu bapanya dilihat memasuki mahkamah kira-kira pukul 9.30 pagi.

Saleha hadir ke mahkamah ditemani ibu bapanya.

Berkongsi tentang perkembangan kes berkenaan, Azmi berkata JKP akan dilakukan sekali lagi sebelum tarikh berkenaan berikutan defenden dan wakilnya gagal hadir pada sesi sebelum ini.

“Prosiding tadi adalah untuk menilai proses JKP tapi ditangguhkan pada 17 Januari kerana defendan dan wakil JKP tidak hadir.

“Defendan dan wakilnya tidak hadir pada sesi sebelum ini kerana berada di luar negara.

“Jadi JKP akan diadakan sekali lagi sebelum 17 Januari dan hakim akan membacakan laporan itu sama ada menilai perintah shiqaq perlu dikeluarkan dan seterusnya pelantikan hakam,” ujarnya.

Siti Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017.

Pada 13 Oktober lalu, Siti Salehah Mohd Baharum mengejutkan ramai pihak apabila hadir ke mahkamah bagi kes sebutan percer41annya dengan Ahmad Lutfi.

Untuk rekod Siti Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017.

Selepas empat tahun berkahwin pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : mStar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Siti Saleha tuntut cer4i, tapi suami tak hadir JKP sebab diluar negara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*