“Saya Bertemu Jodoh Dengan Sahabat Baik Arwh Johan saudara Rushdi Ramli”– Nora Ariffin Sah Bergelar Isteri

Baru-baru ini, ada desas desus menyatakan penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin akan menamatkan zaman solonya dengan seorang pendidik.

Terbaru, penyanyi ini menerusi hantaran di Instagram memaklumkan dirinya sudah bertemu jodoh dengan sahabat baik arwh suaminya iaitu saudara Rushdi Ramli.

Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Ariffin bagaimanpun tidak menjelaskan secara terperinci butiran majlis hari bahagianya itu.

Bersama hantaran itu, Nora hanya menyertakan gambar sebuah kek dengan ucapan “Baarakallaahufiikum R&N”.

Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Di Persimpangan Dilema’ ini turut meminta maaf kerana tidak menghebah-hebahkan ikatan yang baru dibina.

“Dengan nama Allah Yang Maha pemurah Lagi Maha Mengasihani. Bersempena dengan malam Jumaat yang merupakan Sayyidul Ayyam, saya dengan rendah hati dan bersyukur ke hadrat Allah SWT ingin memaklumkan bahawa saya kini telah bertemu jodoh dengan seorang hamba Allah yang merupakan sahabat baik arwh Johan sejak dari kecil lagi. Beliau adalah saudara Rushdi Ramli.

“Saya ingin meminta maaf kerana dari awal lagi saya memang berniat untuk tidak menghebah-hebahkan ikatan ini. Cukuplah sekadar melaksanakan perkara wajib dan mengikut hukum sahaja.

“Saya berpegang pada prinsip bahawa perkahwinan adalah satu ibadah dan ianya terlalu peribadi untuk saya kongsikan, bukan ingin bermegah-megah, jauh sekali untuk mencari publisiti. Jodoh, rezeki dan ajal adalah rahsia Allah yang telah ditentukan.

“Saya menerimanya dengan penuh sabar, redha dan syukur. Hanya kebaikan yang saya harapkan,” tulisnya.

Menerusi perkongsian sama, penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema ini turut meminta ramai menitipkan doa yang baik-baik berhubung keputusan yang dibuat.

Difahamkan, Dr Rushdi merupakan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan berusia 55 tahun.

 

“Saya juga memohon agar semua insan yang mengenali saya dan para peminat, sudi menitipkan doa buat saya mendapat keluarga sakinah mawaddah warahmah, dipermudahkan segala urusan, diberkati, diredhai Allah SWT dunia akhirat, insyaAllah.

“Jutaan terima kasih buat anak-anak dan menantu mama yang amat disayangi, adik-beradik tersayang, seluruh saudara mara, sahabat handai, JNSB team, FANORATIK, rakan- rakan media & semua yang telah banyak memberikan doa, semangat, sokongan & nasihat pada saya selama ini.

“Allah saja yang mampu membalas segala jasa baik kalian semua,” tulisnya lagi.

 

Di ruangan komen, rakan-rakan artis dan peminat mengambil kesempatan menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan semoga Nora hidup bahagia bersama pasangannya.

Nora sebelum ini mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Namun, arwah Johan men1ngg4l dun1a pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun ak1bat ser4ngan jantung.

Pada 13 Disember 2019, Nora sekali lagi diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu berusia 20 tahun.

Kredit: Instagram Nora Ariffin

Sumber: MH

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : http://trendinggiler.pw/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Saya Bertemu Jodoh Dengan Sahabat Baik Arwh Johan saudara Rushdi Ramli”– Nora Ariffin Sah Bergelar Isteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*