Berita perkahwinan selebriti Kamal Adli dan juga Uqasha Senrose mengejutkan ramai pihak kerana sudahpun bernikah sebulan yang lalu pada 5 November.
Rata-rata peminat dan kenalan artis mengucapkan tahniah serta mendoakan supaya ikatan perkahwinan mereka itu berkekalan.
Ini termasuklah rakan baik kepada Kamal yang turut menitipkan ucapan tahniah. Mereka dikatakan sama-sama membina nama dalam industri pada tahun 2007 iaitu pelakon kacak Fizo Omar.
“Tahniah sahabat! So happy for you both, lovely birds. Pandai korang cover line ek..” kata Fizo di ruangan kapsyen Instagram.
View this post on Instagram
Bercerita lanjut detik perkenalan pada mula mereka masuk dalam industri seni, Fizo mengatakan mereka memasuki industri melalui rancangan Pencarian Hero Remaja pada ketika itu.
Tambahnya lagi, Fizo ketika itu baru sahaja menghabiskan pengajiannya di UiTM dan meneruskan kariernya sebagai pemain bola, manakala Kamal pula masih lagi belajar pada waktu itu.
“Dulu kitaorng xde duit beb! Nak beli baju utk photoshoot mmg xde bajet la.so mix n match la ape yg ade.aku pakai baju ko n ko pakai seluar aku.haa mcm tu lah lebih kurang!
“Hari ni ko dah berjaya jd one the best actor in Malaysia n dah jadi suami orang dah.aku tau ur life journey mmg tough bro.skng ko dah dpt reward in ur carieer n dpt mak cik cantik tu wehh. So proud of u.u deserve it bro.” ujarnya lagi.
Fizo menzahirkan rasa gembira apabila sahabatnya itu bertemu jodoh dengan orang kampungnya dan menjemput Kamal untuk berjalan-jalan di Kelantan.
Dalam pesanan gurauannya juga, Fizo berkata sifat manja Uqasha persis kucing parsi itu haruslah dijaga dengan elok dan sempat mengucapkan selamat maju jaya kepada aktor tersebut.
Hubungan cinta mereka mula menjadi perhatian peminat selepas digandingkan dalam sebuah drama arahan Michael Ang berjudul, Setelah Terlafaznya Akad.
Ditanya mengenai perancangan bulan madu mereka, Uqasha berkata dia dan suami merancang mengerjakan umrah bersama ke Tanah Suci Makkah tidak lama lagi
“Kami rancang mahu mengerjakan umrah pada 23 Disember ini bersama-sama kerana ia juga menjadi impian saya selepas berniat untuk kembali lagi ke Makkah dengan suami pula
“Ketika umrah untuk kali kedua dulu, Kamal dan saya masih dalam proses mengenali hati budi. Jadi saya doa, kalau ada jodoh kami, permudahkanlah dan mahu ke Makkah lagi.
“Jika jodoh panjang, saya mahu kembali semula ke sana bersama pasangan (suami). Insya-Allah, Kamal pun belum pernah ke Makkah dan saya mahu jadi orang pertama membawanya ke Tanah Suci,” katanya.
Terdahulu, pernikahan pasangan ini berlangsung dalam sebuah majlis tertutup dan pasangan mempelai dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin di sisi jurunikah Tuan Izzuddin Hj Abdul Mutalib tepat jam 9.39 pagi di sebuah lokasi di Janda Baik, Pahang.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sumber: Instagram Fizo
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : https://www.rotikaya.rimbabara.com/
Be the first to comment on "“Uqasha tu manja dia mcm.. All the best to you bro..”- Ucapan Fizo buat sahabatnya Kamal Adli mencuit hati.."