“Aku Pula Yg Nak Nangls”- Datin Shahida Kongsi Kata Semangat Untuk Sajat Buat Ramai Tersentuh

Sejak berdepan dengan pelbagai isu, usahawan bengkung dan barangan kemas bernama Nur Sajat telah pun pindah ke Australia.

Terbaru nama rakan baiknya iaitu Aliff Syukri tiba-tiba turut terpalit sama akibat seorang pembida yang telah melarikan diri. Satu video live antara Dato’ Aliff Syukri dan Nur Sajat telah dimuat naik menerusi akaun TikTok @achik_ezza semalam.

Datin Shahida diminta oleh suaminya untuk memberi kata-kata semangat kepada usahawan wanita berkenaan.

Sebaik sahaja mendengar isteri rakan baiknya mula bercakap, Sajat terus menangis sebelum memohon maaf sekiranya ada terbuat silap sepanjang tempoh persahabatan mereka.

Melihat dia sudah teresak-esak, Datin Shahida meminta agar terus bersabar dengan ujian yang menimpanya. Dalam pada itu, pasangan suami isteri tersebut menasihati Sajat agar tidak lupa menunaikan ibadah serta kedua-dua ibu bapanya.

Seronok kan. ada kawan yang bagi kita semangat.  selalu ingatkan kita pada allah

Wanita bertudung itu juga mengingatkannya terus bersangka baik dengan Allah dan percaya sesuatu perkara baik akan datang kepadanya selepas itu.

Kesakitan pada sendi anda akan hilang selamanya

Sejak dikongsikan 22 jam lalu, video tersebut telah meraih hampir 200 ribu jumlah tontonan. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji serta bersetuju dengan tindakan Datin Shahida menasihati rakannya itu.

“Go Sajat Go! Kau Memang Tak Akan Gagal!” – Aliff Syukri Harap Sajat Kuat Tempuh Dugaan

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri berharap agar sahabatnya Muhammad Sajjad Kamaruz zaman atau Nur Sajat tabah menempuh dugaan.

Kata-kata semangat daripada Aliff Syukri itu dimuat naik semula oleh Nur Sajat di ruangan Insta Story, Instagramnya awal pagi tadi.

Hantaran berbentuk video itu memaparkan Aliff Syukri melewati banglo milik Nur Sajat yang terletak di Kota Damansara.

“Hari-hari lalu sini Jat, tengok rumah kau. Tengok rumah kau, teringat dengan kau. Pagi-pagi kau bersiap, make-up…Kau punya P.A muncul.

“Apa pun, selamat bagi untuk kau. Bangun dengan penuh semangat, hari ini adalah permulaan. Setiap kepahitan itu aka nada penghujung kemanisannya.

“You just follow kau punya flow, aku tahu rezeki kau ada kat mana-mana. Mana kau pergi anggap dugaan yang kau hadapi ini adalah satu dugaan untuk kau lebih matang lagi.

“Kuatkan semangat, go Sajat go! Kau memang tak akan gagal,” kata Aliff.

Sementara itu Nur Sajat, mengucapkan terima kasih kepada sahabatnya itu kerana tidak jemu memberikan kata-kata semangat buat dirinya.

“Terima kasih Datuk, selalu bagi saya semangat untuk teruskan hidup. Semangat! Semangat! Thank you sahabat,” tulisnya.

Terdahulu, media melaporkan aset milik Nur Sajat yang disita dua minggu lepas dilelong hari ini, pada pukul 10.30 pagi.

Menurut perisytiharan jualan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Disember lepas, lelongan awam dijalankan di rumah Muhammad Sajjad yang beralamat di Premis No. 2, Jalan Polo 10/3, Kota

Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Lelongan aset tersebut merupakan cara penyelesaian bagi menebus pampasan yang perlu dibayar Sajjad kepada bekas stokis berjumlah RM200,000.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber :TikTok achik_ezza, www.dnq.pw

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Aku Pula Yg Nak Nangls”- Datin Shahida Kongsi Kata Semangat Untuk Sajat Buat Ramai Tersentuh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*