Putrajaya – Sejumlah 3.8 j.uta penerima kategori m.iskin dan berpendapatan rendah B40 mula menerima bayaran Bantuan Khas C0vid 19 BKC Fasa 3 sebanyak RM 300 pada Isnin ini melibatkan peruntukan sebanyak RM 1.2 b.ilion.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran itu adalah seperti dijadualkan selepas pemberian bantuan berkenaan bagi Fasa 1 dan Fasa 2 sudah diselesaikan pada bulan September dan November lalu dengan peruntukan sebanyak RM 3.4 b.ilion kepada hampir 10 j.uta penerima.
Ismail Sabri menegaskan kerajaan sentiasa peka terhadap keluh-kesah rakyat dan berharap pembayaran BKC itu mampu meringankan beban rakyat yang masih terkesan a.kibat p.andemik C0vid 19.
“Bagi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, kerajaan juga akan terus komited memastikan bantuan yang disediakan dapat disalurkan secara berkesan,” katanya.
BKC adalah sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi Pemulih, selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi.
Pada 28 Jun lalu, kerajaan mengumumkan pakej Pemulih sebagai antara inisiatif pemberian bantuan menyeluruh kepada rakyat dalam mengharungi kesan a.kibat p.andemik C0vid 19.
Di bawah BKC, kategori mmiskin tegar, isi rumah akan menerima RM1,300 warga emas sebatang kara RM 500 dan bujang RM 500.
Bagi kategori B40, isi rumah akan menerima RM 800, warga emas sebatang kara RM 200 dan bujang RM 200. Manakala kategori M40, isi rumah layak menerima RM 250, warga emas sebatang kara RM 100 dan bujang RM 100.
“Dengan pembayaran ini, lengkaplah nilai bantuan di bawah BKC berjumlah RM 4.6 b.ilion dan menzahirkan komitmen kerajaan dalam memastikan pembayaran BKC ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang masih terkesan a.kibat p.andemik C0vid 19.
“Kerajaan sentiasa komited memastikan bantuan yang disediakan ini menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini. Perdana Menteri berkata, semakan status kelulusan BKC boleh dibuat melalui Portal BKC.
Beliau menjelaskan, untuk maklumat lanjut termasuk kriteria penerima BKC dan nilai bantuan yang diterima, warga Keluarga Malaysia juga boleh merujuk Jdual 2 serta Soalan Lazim FAQ yang turut dimuat naik di portal berkenaan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : Utusan
Be the first to comment on "Peka dengan keluh rakyat, Perdana Menteri umum tarikh bila akan masuk bantuan BKC RM300"