Mengejutkan Shila Amzah Fail Pencer4ian, Tapi Suami Enggan Keluar Rumah, Sharnaaz Komen Sesuatu

Tiada angin tiada ribut, perkongsian terbaru penyanyi Shila Amzah mengejutkan ramai apabila memaklumkan sudah menfailkan cer41.

Perkara itu dimaklumkan oleh Shila menerusi Instagram miliknya sebentar tadi. Menerusi entri itu, Shila berkata sudah dua bulan dia bersama anaknya tinggal di rumah kedua ibu bapanya.

Namun, satu demi satu dugaan menimpa apabila rumah ibu bapanya di Langat dinaiki air dan kini mereka sekeluarga menumpang di rumah makciknya selepas hilang tempat berteduh.

Kata Shila lagi, perceraiannya masih dalam proses apatah lagi pihak sebelah sana seolah mahu memanjangkan perkara tersebut.

Ujarnya lagi, dia tidak boleh bersabar lagi kerana Shila berkata dia kini cuba sebaik mungkin untuk menjaga hati dan nama semua pihak.

Menurut Shila, dia mempunyai rumah di Cyberjaya namun tidak selesa untuk pulang kerana suaminya masih berada di rumahnya.

“Sha dah file cer41 ..but unfortunately still on going process sebab dia decide nak prolong benda ni..Cuma bila dah jadi macamni, sha dah tak boleh nak sabar lagi sebab Sha pun trying my hardest to survive and jaga hati dan nama baik semua orang.

“Sekarang bila tengok rumah di Langat dah jadi macam ni.. rasa sedih sangat, sebelum ni tumpang berteduh kat rumah mak abah..tapi sekarang kita semua pula hilang tempat berteduh ,sekarang kita semua tumpang rumah Aunty sha. Sha ada rumah kat Cyberjaya pun tak selesa nak balik sebab si dia masih berada di rumah sha,” tulisnya.

Kata Shila, dia bersama anak dan semua keluarganya tinggal di satu bilik buat sementara waktu sehingga banjir di rumah ibu bapanya reda.

Antara komen rakan artis dan peminat:

Tetapi yang paling menarik perhatian adalah Sharnaaz Ahmad turut meninggalkan komen.

Terdahulu, Shila mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais kini berusia dua tahun.

Trivia Shila Amzah

NurShahila “Shila” Amir Amzah (lahir 13 Ogos 1990) merupakan seorang penyanyi-pencipta lagu, pelakon, ahli perniagaan dan penerbit rakaman terkenal dari Malaysia. Shila merupakan anak kepada penyanyi terkenal 80-an, Amir Amzah Saleh atau lebih dikenali sebagai ND Lala.

Dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur oleh sebuah keluarga muzik, Shila mula bergiat aktif dalam muzik ketika berusia sembilan tahun dan membuat persembahan di pelbagai tempat muzikal ketika kecil.

Beliau mengeluarkan album pertamanya, Terima Kasih Guru pada usia 10 tahun. Beliau mula memenangi anugerah sejak itu, bermula dengan Artis Kanak-kanak Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Dengan bantuan komposer muzik dan penerbit rakaman yang terkenal di Malaysia, Helen Yap, pada tahun 2005 Shila mengeluarkan album pop studio kedua, Sha-Hila. Beliau menjadi lebih terkenal dengan single “Patah Seribu” (2011) yang menerima Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM19).

Nama Shila bertukar dari masa beliau dikenali sebagai Nurshahila/Shila Tekno. Beliau menjelaskan semasa beliau kecil, beliau menggunakan “NurShahila” sebagai nama pentas. Pada 2004, beliau menukar nama pentasnya kepada Sha-Hila kerana syarikat rakamannya, EMI mahukan nama pentasnya lebih pendek.

Apabila beliau menyertai pertandingan One in a Million, beliau terpaksa memendekkan lagi namanya. Penganjur OIAM2 memendekkan namanya kepada Shila.

Selepas menjadi naib johan OIAM2, beliau dikenali sebagai “Shila OIAM”. Oleh kerana tidak suka akan nama itu, beliau menambah “Amzah” dalam nama pentasnya, sebagai nama bapanya iaitu Amir Amzah. Di negara China, beliau dikenali sebagai 茜拉 (Xila).

Sumber: Rotikaya/wiki

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : https://kisahbena.com/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Mengejutkan Shila Amzah Fail Pencer4ian, Tapi Suami Enggan Keluar Rumah, Sharnaaz Komen Sesuatu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*