Sejak semalam, tular di media sosial berkenaan video seorang pengamal perubatan tradisional iaitu Datok Ibrahim Md Zin atau lebih dikenali sebagai Raja Bom0h melakukan ritval menghalau banjir bersama sepupunya di Teluk Intan.
Video tersebut mendapat perhatian ramai sehinggakan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin mengeluarkan kenyataan dengan memaklumkan yang pihak mereka akan membuka kertas siasatan terhadap Ibrahim Mat Zin atau gelarannya Raja Bom0h berhubung ritval men0lak musibah banjir mengikut sekksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 atas kesalahan menc8la dan mengh1na agama Islam.
Justeru itu, Raja Bomoh telah membuat penjelasan berhubung tuduhan berkenaan dan memberitahu yang ritval dilakukan bertujuan untuk melindungi pusara ibu bapa serta keturunannya.
Dia juga menafikan membuat perkara syir1k kerana apa yang dijalaninya sekadar mengikuti petua orang dulu-dulu bagi mencari ikhtiar mengelakkan kejadian banjir besar.
Disebabkan perkara itu, Raja Bomoh yang tidak terima dituduh melakukan perbuatan sy1rik telah membuat lap0ran polis berhubung hal tersebut dan membuat sidang media di Facebook rasminya.


Menurutnya, tindakan melakukan ritval itu sama sekali bukan untuk mencari pvblisiti tetapi demi memastikan pusara keturunannya terpelihara daripada tenggelam dilanda bah.
video :
Sehubungan dengan itu, dalam sidang media yang dilakukan Datuk Ibrahim Md Zain seusai membuat laporan polis, dia telah mengeluarkan kenyataan untuk menyaman jabatan-jabatan yang menuduhnya melakukan perbuatan sy1rik sebanyak RM300 juta.
Perkara berkenaan juga telah dibincangkan bersama peguamnya dan dinyatakan dalam sidang media tersebut.
“Tujuan saya untuk selamatkan tapak perkuburan. Jangan hilang makam diraja. Orang tua saya dan keturunan saya banyak dikebumikan di Teluk intan. Bukan tujuan saya untuk berbangga atau publisiti.”
“Saya telah berbincang dengan peguam dan akan saman RM300 juta jabatan yang kata saya sy1rik dan khvrafat,” katanya.
Raja Bom0h itu juga meluahkan rasa kesal kerana Malaysia sebuah negara yang demokrasi dan sepatutnya jabatan tersebut datang berbincang dengannya terlebih dahulu sebelum menjatuhkan hukum syirik dan khurafat sedangkan perlu ada budi bicara dalam soal itu kerana jika ada perkara yang salah boleh diperbetulkan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : Facebook Datok Ibrahim Md Zin

Be the first to comment on "Raja Bom0h Mahu Saman RM300 Juta, Beri Penjelasan Isu Khvrafat"