[VIDEO] Dato Seri Vida Buat Permohonan Maaf Pada Anuar Zain. Akhir DSV Luahkan Hasrat Dia Kepada Anuar Zain

Penyanyi dan usahawan kontrov3rsi, Datuk Seri Vida memohon maaf secara terbuka kepada kedua penyanyi lagenda tanah air, Anuar Zain dan Ziana Zain berhubung dakw4an mengatakan penyanyi lelaki itu suka sesama sejenis.

Permohon maaf itu dilakukan penyanyi lagu I Am Me itu di Instagram miliknya selepas menerima pelbagai reaksi warganet dan para artis.

Menurut Vida, dia sama sekali tidak bermaksud untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana didakwa hanyalah gurauan pada ketika itu.

Vida Dakwa Anuar Zain G*y Bila Peminat Suruh Mengorat? Ini Reaksi Ziana Zain

“Assalamualaikum semua, saya Datuk Seri Vida memohon maaf atas kekhilafan, kekeliruan dan mungkin perkataan saya yang mengguris hati banyak pihak.

“Peminat dan keluarga Anuar Zain, saya minta maaf banyak-banyak. Saya tidak bermaksud dan berniat, mungkin terlepas cakap malah gurauan tanpa sengaja.

“Saya tidak boleh mengingati semula apa yang saya cakap kerana perkara itu sudah lama sebenarnya.

Baru sekarang ini muncul, jadi apa pun saya minta maaf. Tidak berniat langsung dan saya meminati sangat Anuar Zain,” katanya di Instagram.

Mengulas lanjut, usahawan sensasi itu juga memohon maaf kepada orang ramai dan pihak keluarga penyanyi lagu Sedetik Lebih itu andai turut sama terasa atas kekhilafannya.

Di samping itu, dia berhasrat untuk berjumpa dengan Anuar secara peribadi.

“Tetapi, apabila sudah keadaan sudah menjadi kekeruhan dan kekalutan seperti ini.

“Apa lagi yang saya boleh cakap melainkan saya mohon maaf kepada semua rakyat Malaysia, Anuar Zain serta keluarga Zain.

“Maafkan saya, Datuk Seri Vida. Saya harap sangat dapat berjumpa secara peribadi dengan Anuar Zain. Hajat besar dan projek besar ada, Insya-Allah,” ujarnya lagi.

Menjengah di ruangan komen, Vida bagaimanapun tampil menutup ruangan tersebut bagi mengelakkan hal tertentu berlaku.

VIDEO:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dato’ Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida)

Sebelum ini, Ziana membidas kenyataan Vida selepas ahli perniagaan kontr0versi itu mend4kwa adiknya, Anuar sebagai seorang lelaki yang menjalinkan hubungan sesama jenis.

Menerusi platform TikTok, seorang pengguna berkongsi satu video yang memaparkan selebriti sensasi tampil membuat dakw4an tersebut menerusi sesi soal jawab bersama peminat di media sosial.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : Utusan Online / IG Dato Seri Vida

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Dato Seri Vida Buat Permohonan Maaf Pada Anuar Zain. Akhir DSV Luahkan Hasrat Dia Kepada Anuar Zain"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*