Ditanya kenapa dia tak nak ibu tiri. Jawapan Matin mengejutkan ramai peminat

Petaling Jaya – Sejak pemergian Allahyarh4m Siti Sarah pada 9 Ogos lalu, setiap gelagat keluarga Shuib, terutama tiga anaknya pasti akan mendapat perhatian umum dalam media sosial.

Paling menarik, terdapat netizen yang mencipta satu gelaran The Utma buat empat cahaya mata Shuib dan Siti Sarah.

Gelaran tersebut diungkapkan oleh pengguna YouTube Fatimah Johari yang menggabungkan huruf-huruf pangkal nama Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affa

“Selepas ini sudah ada nama kumpulan untuk anak-anak Shuib iaitu The Utma Uwais, Talita, Martin dan Ayash,” tulisnya dalam ruangan komen video YouTube saluran Shuib Channel.

Meninjau komen lain, terdapat juga beberapa netizen yang membayangkan Matin mewarisi bakat melawak seperti bapanya.

Terdapat netizen yang berpendapat Matin memiliki sifat lucu seperti bapanya. Ramalan itu tercetus susulan Martin dilihat membuat aksi lucu dengan menari tarian Michael Jackson dalam video tersebut.

“Sudah tunjuk bakat dia Matin di depan Shuib, boleh membuat lawak. Insya-Allah satu hari nanti kalau dia sudah besar, boleh ganti bapanya menjadi seorang pelawak tanah air, Amin,” tulis netizen bernama Muhd Muhd

Terbaru, telatah anak kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Ariq Matin mengundang rasa lucu warganet apabila disoal berhubung pengganti ibunya Allahyarham Siti Sarah.

Menerusi satu perkongsian video di laman Instagram milik a.rwah, kanak-kanak berusia enam tahun itu ditanya mengenai sebab dia tidak mahu mempunyai ibu tiri di masa akan datang.

Sebab Tak Nak Ibu Tiri

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

Sudah hampir lima bulan hidup tanpa isteri tercinta di sisi, Shuib mengaku bahawa hatinya masih kosong dan belum ada wanita yang berjaya mencuri tempat a.rwah Siti Sarah.

Tambahnya, masih terlalu awal untuk berbicara soal jodoh. Bagaimanapun, dia bersikap terbuka tentang perancangan Allah buatnya pada masa hadapan.

Soal jodoh dan ajal, Allah yang tentukan. Jika saya kata, janganlah ambil Sarah cepat sangat, tetapi Allah tetap ambil jua. Begitulah juga dengan kehidupan saya pada masa depan. Saya tidak berani untuk cakap lebih-lebih mengenai soal jodoh

Jika esok lusa saya jatuh cinta dengan orang lain, jadi saya serahkan semuanya pada Allah. Saya pun sudah matang, andai berkahwin lagi pasti sudah tahu apa yang diinginkan dalam sebuah perkahwinan.

Sebagai manusia biasa, Shuib mengaku setiap individu ingin berkasih sayang dan mahu ada yang menemani. Namun, dia lebih memikirkan soal anak-anak pada masa ini. Andai dirinya berkahwin semula, sebab utamanya adalah demi anak-anak ujar Shuib.

Tambah Shuib, anak-anaknya masih kecil dan perlukan kasih sayang seorang ibu. Terutamanya Talita yang banyak berdiam berbanding dahulu. Sebelum ini, Talita selalu berkongsi cerita, pakaian dan alat solek bersama a.rwah ibunya.

Reaksi Orang Ramai

Sumber : Instagram Siti Sarah

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : malaysiatime

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Ditanya kenapa dia tak nak ibu tiri. Jawapan Matin mengejutkan ramai peminat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*