Terlalu sedih dengan pemergian Ashraf Sinclair, terdahulu Bunga Citra Lestari (BCL) sanggup menghabiskan sejumlah RM75,000 demi menempah satu ruangan liang lahad bersebelahan kubur suaminya. Ia cukup menjadi bukti betapa besarnya perasaan kasih dan sayang yang telah disemai sepanjang 12 tahun mereka mendirikan rumah tangga.
Setiap 30 minit, saya akan periksa nadi, masih bernafas atau tidak…Hidup aku begitu
Hampir 2 tahun berlalu, ternyata penyanyi itu masih menyimpan trauma besar. Mengimbau semula kenangan pahit tersebut, BCL dedahkan dirinya mempunyai tabiat memeriksa nafas dan nadi anaknya setiap kali tidur. Antara perkara paling mengharukan pula tatkala Noah mempunyai sikap serupa dengan Allahyarham bapanya sendiri. Apabila sudah bangun pagi lebih awal, budak lelaki berkenaan akan menyusun bantal di sekeliling tilam dan barang mainan supaya ibunya tidak merasa keseorangan.
VIDEO :
Saya cuma fikir kalau hidup saya tak panjang, anak saya dengan siapa?
Ditanyakan tentang isu kesunyian kerana kini sudah tiada teman hidup, Bunga akui belum terfikir hingga ke situ. Apa yang paling difikirkan oleh wanita ini cumalah nasib kehidupan Noah andai kata satu hari nanti dia yang dijemput Ilahi terlebih dahulu.
VIDEO :
Saya lebih merasa dekat dengan Tuhan & menikmati proses beribadah
Kini kerap membaca dan mendalami makna Al-Quran, BCL yakin usahanya yang memperbanyakkan doa dan mendekati Allah seakan menjadi ‘penghubungnya’ dengan Ashraf. Walaupun sudah kehilangan separuh jiwanya, namun hubungannya dengan Noah juga semakan rapat apabila mereka banyak menghabiskan masa bersama berbanding sebelum ini.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : TikTok sebuah kisah via dnq
Be the first to comment on "Tr4uma kerana Pemergian Ashraf. [VIDEO] BCL Luah Ket4kutannya selepas Kehilangan Suami Tercinta"