Aliff Syukri serik cetus kontr0versi, rupanya ini yg Bonda Rozita cakap sampai dia berubah

KUALA LUMPUR – Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri menyatakan pendiriannya tidak mahu lagi terlibat dengan publisiti murahan.

Katanya, sudah tiba masanya beliau menumpukan perhatian terhadap perniagaan dan menjadi imej sebagai seorang ahli korporat.

“Sepanjang era pandemik ini, perniagaan saya memang sangat terkesan sehingga jualan turun sebanyak 40 peratus. Cuma rezeki saya tidak berhutang dengan bank atau berbelanja besar.

“Jadi, tumpuan saya sekarang adalah lebih kepada perniagaan. Lagi pun minat nak beraksi di depan kamera untuk menghasilkan content sudah tak macam dulu dan sudah puas merasainya,” katanya ketika ditemui semasa majlis malam penghargaan D’Herbs Terlajak Laris di One World Hotel Petaling Jaya yang berlangsung baru-baru ini.

Katanya, nasihat ibunya, Rozita Ibrahim juga banyak memainkan peranan untuk dia melalui fasa perubahan.

“Dahulu saya terlalu mementingkan populariti dan jumlah view di media sosial, sehinggalah ibu selalu memberikan nasihat kepada saya.

“Selain itu, keluarga juga merupakan faktor utama, apatah lagi anak-anak sudah semakin membesar. Cukuplah dengan apa yang saya pernah rasai sebelum ini,” katanya.

Aliff tidak mahu perniagaannya berhadapan dengan kerugian sehingga berisiko untuk gulung tikar juga seperti perniagaan-perniagaan lain yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Apabila melihat keadaan ini berlaku, saya sedar bahawa betapa sekarang ini rakyat memang berhadapan dengan situasi yang sukar akibat pandemik ini.

“Disebabkan itu saya sudah kurangkan sifat riak dan menunjuk-nunjuk di media sosial kerana perlu jaga sensitiviti dan sentiasa ingatkan diri supaya tidak berbuat demikian,” tambahnya

Isteri lega Aliff Syukri dah berubah, paling takut suami suka komen dan masuk campur hal orang!

NIAT Datuk Seri Aliff Syukri mahu mengurangkan kontroversi dan menjauhkan diri daripada gimik murahan di media sosial mendapat sokongan isteri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid.

Bersyukur Aliff mula menunjukkan perubahan sikap yang lebih baik, Shahida, 36, mengakui suaminya kini lebih mendengar nasihat dan terbuka menerima pandangan orang lain.

“Sejujurnya saya suka sebab nampak banyak perubahan pada dirinya… dia lebih cool, dengar cakap dan ikut nasihat saya. Kalau dahulu nasihat juga tapi dia tak nak dengar.

“Contohnya kita cakap jangan buat lagu tapi dia buat juga. Sekarang ini kalau ada orang suruh komen sesuatu isu di media sosial, saya cakap jangan campur hal orang, dia akan okay.

“Apa yang saya nampak kebelakangan ini dia lebih mendengar cakap dan menerima pendapat kita,” katanya kepada mStar.

Menerusi laporan mStar pada Ahad lalu, Aliff berazam untuk mengurangkan kontroversi membabitkan dirinya memandangkan anak-anak kini sudah semakin meningkat remaja.

Kata Aliff, dia mula malu dengan anak-anak apabila dikaitkan dengan isu panas, sekaligus menjejaskan reputasi sebagai seorang bapa.

Hidup kita ni macam roda, ada masa di atas dan ada masa di bawah, takkan dah jatuh baru nak sedar!

Sementara itu, Shahida memberitahu salah satu nasihat yang diberi kepada suami adalah untuk tidak mengulas sebarang isu membabitkan orang lain di media sosial.

“Apabila ada isu membabitkan rakan-rakan atau orang lain, kita tak nak beri komen atau campur hal mereka kerana takut termakan diri.

Aliff dan Shahida bersama lima anak mereka.

“Hari ini hari mereka, mungkin esok hari kita. Benda ini berputar, jadi saya rasa cukuplah kita tahu urusan keluarga kita sahaja, sebab kita pun tak tahu hujung pangkal sesuatu isu, bimbang jadi fitnah.

“Hidup kita ni macam roda, ada masa di atas dan ada masa di bawah, takkan dah jatuh baru nak sedar, jadi lebih baik ambil langkah awal. Kami pun dah nak masuk umur 40 tahun,” ujarnya.

Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Aliff Syukri serik cetus kontr0versi, rupanya ini yg Bonda Rozita cakap sampai dia berubah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*