Pemergian Rayan Awram, kanak-kanak Maghribi yang terper4ngkap berhari-hari di dalam sebuah telaga sedalam 32 meter cukup memberi ke$an mendalam kepada masyarakat dunia.
Rayan yang men1nggal dunia pada usia lima tahun dikebumikan semalam di daerah Ighran, dekat Chefchaouen di utara Maghribi.
Pengebumian Rayan yang penuh em0si itu turut dihadiri ratusan penduduk bagi memberi penghormatan terakhir kepada kanak-kanak tersebut.
Menerusi rakaman di kawasan pengebumian, terdengan laungan ‘Allahuakbar’ dan ‘LailahaillAllah’ bergema memenuhi setiap ruang ketika jenazah Rayan dikebumikan.
Bapa kepada Rayan, Khaled Aourram dan ibunya Wassima Kharchich ketika ditemui media tempatan di tanah perkuburan berkata ‘Semoga Tuhan bersama anak saya.’
Menurut laporan Daily Mail, dua khemah besar didirikan di depan rumah keluarga Rayan untuk membolehkan penduduk setempat memberi penghormatan terakhir kepada Rayan.
Turut berdukac1ta atas pemergian kanak-kanak ini adalah pemain bola sepak anatarabangsa dari Maghribi, Abderrazak Hamdallah.
Pemain kelab bola sepak Al-Ittihad itu turut menawarkan untuk membeli sebuah rumah untuk keluarga berkenaan dengan harapan dapat memberi sedikit kegembiraan kepada mereka.
Sumber:Daily Mail
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : dnq.pw
Be the first to comment on "Dipap4h Saat Lihat Jen4zah Anak Disem4dikan, Suasana Hib4 Iringi Pengebvmiąn Adik Rayan"