Ratu Rock Negara, Ella tidak ralat apabila timbul cerita dia hamil walaupun ini bukan kali pertama berita itu tersebar.
Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, 55, berkata ini adalah kali kedua tersebar cerita dia hamil selepas dakwaan sama muncul sekitar penghujung tahun 2013.
Penyanyi itu mendirikan rumah tangga dengan seorang juruterbang, Azhar Ghazali pada 2011 tetapi setakat ini tiada tanda dia mengandung, justeru Ella masih menaruh harapan khabar itu menjadi kenyataan dalam tempoh terdekat.
“Saya tidak tahu menahu tersebarnya cerita bahawa saya hamil. Mudah-mudahan saya diberikan rezeki dalam masa terdekat ini.
“Walaupun ini bukan kali pertama timbulnya gosip mengandung ini, saya tidak ralat dan menganggap ia sebagai doa oleh orang ramai kepada saya.
“Tidak timbul rasa menyampah atau sebagainya kerana saya bersyukur peminat mengharap dan mendoakan yang terbaik buat saya. Malah saya sendiri yang meminta tips daripada Didie Alias yang juga mengandung pada usia 40-an…” katanya ketika ditemui pada pelancaran produk kecantikan dan kesihatan Lameya yang dikatakan antara rahsia menjadi awet muda Ella.
Ella berkata dia dan kakaknya Jojie sudah lama mengamalkan produk itu yang berasaskan ramuan khas buah-buahan sunnah Rasulullah SAW.
“Suami yang menyarankan agar saya berkongsi ramuan ini dengan orang ramai. Ia adalah resepi turun temurun dari ibu kami dan dihasilkan dalam bentuk sachet,” katanya.
Sebelum ini , pada tahun 2020 heboh dikatakan Ella mengandung kerana pertambahan berat badan menjadi punca ramai menyangka dirinya hamil.
“Tak adalah, Ella tak mengandung pun. Ini berlaku kerana berat badan Ella naik, tapi sekarang sudah mula turun.
“Insya-Allah, doakan saja Ella berbadan dua,” katanya.
Ella berkata, biarpun terpaksa menanti, dia bersabar kerana percaya rezeki Tuhan.
“Kami memang merancang mendapatkan anak. Ella juga sudah menjalani kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF). Namun, masih belum ada rezeki.
“Apabila menjalani IVF, Ella kena banyak berehat. Tapi jadual Ella sibuk sentiasa,” katanya ketika ditemui selepas berakhirnya Konsert Kembara Kita 2020.
Jom sama-sama kita doakaan semoga ada rezeki cahaya mata menanti untuk Ella dan pasangan, amin.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : www.viralmy.me
Be the first to comment on "Ratu Rock Ella Tak Ralat Cerita Dia Mengandung"