Ali Puteh mahu buat rayuan di Mahkamah Tinggi, Sekali Hidayah Abam Kongsi Hashtag Pedas

“Saya sudah bersedia dengan keputusan kes, sebab saya tahu kalah kena maki, menang pun kena maki,” kata Ali Puteh di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat.

Ali Puteh, 34, atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkata, dia sudah lali dengan makian daripada netizen ekoran kontroversi antara keluarganya dengan kakak ipar, Siti Nor Hidayah Mohd Ali, 30.

“Sepanjang dua tahun ini, saya sudah lali dengan situasi tersebut dan tidak mahu membuat kenyataan yang boleh mengundang lebih banyak kecaman,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, selepas berbincang dengan peguam, dia dan keluarga akan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi.

Meskipun gagal dalam saman fitnah, Ali Puteh berkata, mereka menghormati keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah.

Kemenangan balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali di mahkamah telah menjawab segala kemelut dua tahun bersama bekas adik iparnya, pelawak Ali Puteh.

Nama saya dah bersih

Terbaru, Nor Hidayah sangat bersyukur persengketaan perit bertemu jalan penyelesaian selepas mahkamah memutuskan Ali untuk membayar ganti rugi RM60,000.

Nor Hidayah turut mengucapkan terima kasih kepada Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan kerana menunjukkan kebenaran.

Alhamdulillah semua dah terjawab. Terima kasih Tuan Hakim bersihkan nama saya. Saya tak gila harta dan tak fitnah sesiapa.

Doa orang teraniaya

Dalam pada itu, Nor Hidayah menekankan yang Allah akan membantu manusia teraniaya kerana doa mereka tiada hijab dan akan terus diperkenankan.

Selain itu, ibu kepada Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey turut menyelit hashtag iaitu #abgggsayangmenang #berkatdoasemuaorang #berkatdoaanakyatim.

Pada Mei 2020, Nor Hidayah telah memfailkan saman fitnah terhadap Ali Puteh berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagramnya yang antara lain menggambarkan dirinya seorang yang tidak bertanggungjawab.

Wanita terbabit memohon ganti rugi am, teladan atau punitif dan teruk yang tidak dinyatakan jumlahnya.

Dia juga memohon satu perintah injunksi bagi menghalang adik iparnya menyiarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya, kod dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Sementara itu dalam prosiding hari Jumaat, mahkamah menolak saman fitnah yang dikemukakan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya lain terhadap Nor Hidayah dan usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri dengan kos sebanyak RM13,000.

Selepas prosiding selesai, Nor Hidayah dilihat menangis dan sujud syukur di galeri awam.

Dalam prosiding itu, Ali Puteh diwakili peguam, Noorazmir Zakaria manakala Nor Hidayah diwakili peguam Mohamed Ibrahim Mohamad manakala Alif Syukri diwakili peguam, Hasshahari Johari Mawi.

Kemelut antara kedua-dua individu itu tercetus selepas kematian Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

Sumber: Instagram @hidayah_hamzahh

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Ali Puteh mahu buat rayuan di Mahkamah Tinggi, Sekali Hidayah Abam Kongsi Hashtag Pedas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*