“Fasal Shuib? Maaf, Saya Tak Nak Jawab Apa-Apa… Saya Takut Nanti …” – Wan Sharmila

Pelakon Wan Sharmila enggan mengulas lanjut mengenai status hubungannya yang dikaitkan dengan pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu.

Jelas Wan Sharmila atau lebih mesra dengan panggilan Lala, 40, dia enggan kenyataannya nanti disalah tafsir dan mengguris hati pihak lain.

“Macam inilah. Kalau pasal ini, saya tak nak jawab apa-apa. Tak nak cakap apa-apa sebab takut tersalah cakap.

Takut! Maksud saya, mungkin ada yang saya cakap itu, tujuannya lain. “Tapi bimbang pula yang mendengar, yang membaca, yang mentafsir jadi lain dan akan menyinggung mana-mana pihak.

Jadi, sebab itulah saya rasa lebih baik jangan cakap apa-apa. Takut salah,” katanya kepada Gempak. Lala ditemui pada majlis previu bufit ramadan Destinasa Rasa bersama cef selebriti, Chef Naem Ramli di Le Meridien, Putrajaya baru-baru ini.

Mengimbas semula, khabar angin mengenai hubungannya dengan keluarga Shuib mulai tercetus menerusi sepotong video yang dimuatnaik di akaun Instagram milik Siti Sarah Raisuddin.

Lala dipercayai meluangkan masa bersama anak perempuan Allahyarham Sarah, Dzahira Talita Zahra, 9. Bagaimanapun, Lala mengakui menjadi pengguna setia dan pembeli tudung yang diusahakan oleh Allahy4rham Sarah, Loveta.

“Saya pakai tudung arw4h sebab tudung dia sangat selesa. Sebelum ini pun memang saya pakai, bukan sebab dapat daripada arwah.

Tapi memang saya beli juga sebelum ini sebagai tanda sokongan. “Itu saja yang boleh saya katakan ya. Tak mahulah cakap lebih-lebih pasal tadi (Shuib).

“Tak nak panjangkan cerita. Doakan yang baik-baik untuk saya, untuk sesiapa pun, dia dan keluarga,” tambahnya.

Untuk rekod, Lala pernah mendirikan rumah tangga bersama penerbit drama tempatan, Fazli Bahrom pada 2007 namun berpisah dua tahun kemudian.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : https://gempak.com/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Fasal Shuib? Maaf, Saya Tak Nak Jawab Apa-Apa… Saya Takut Nanti …” – Wan Sharmila"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*