Sebak! Mak sanggup naik bas dari kampung tapi anak tak nak jumpa, siap tengking “balik-balik”… ramai akui Si Tanggang Moden ‘real’

NAMPAKNYA kisah Si Tanggang Moden masih wujud dalam masyarakat kita hari ini.

Satu video yang tular mengenai seorang ibu yang sanggup menaiki bas datang dari kampung di Kedah, semata-mata mahu berjumpa dengan anak lelakinya, mengundang sebak.

Menerusi satu video berdurasi kira-kira 2 minit dan 20 saat, si ibu membuat panggilan untuk bercakap dengan anaknya, menggunakan telefon yang dipinjamkan oleh seorang wanita.

“Assalamualaikum Fizi, mak ni. Mak baru sampai dari kampung, mak tak tahu nak pergi mana. Ambil mak kat sini boleh tak?” kata wanita itu yang duduk bersama wanita berkenaan di tempat awam.

Namun, jawapan yang diberikan oleh anak lelakinya amat mengejutkan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Bukan saja tidak gembira dengan berita ibunya yang datang ke bandar untuk berjumpa dengan anaknya, malah memarahi wanita yang melahirkannya.

“Aduh, yang mak datang tak bagi tahu kenapa? Tak call dulu tanya sibuk ke tak sibuk. Main terjah je!” kedengaran suara anak lelakinya yang menengking dalam rakaman tersebut.

Tanpa mendedahkan lokasi kedua-dua wanita itu, si ibu meluahkan bahawa anak lelakinya sudah lama tidak pulang ke kampung sejak tiga tahun lalu, lebih-lebih lagi dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik cov1d-19 sebelum ini.

“Mak tak faham ke orang sibuk kerja. Lagipun bini orang kan marah dengan mak pasal kes itu hari. Mak nak kami bergaduh lagi ke?” ujar anaknya.

tanggang moden 2

Si ibu menangis sambil ditenangkan oleh seorang wanita.

Lebih memilukan apabila si ibu sanggup berjumpa dengan anaknya hanya untuk seketika tanpa bermalam di rumah demi mengubat kerinduan.

“Mak tak tidur rumah Fizi pun tak apa, mak nak jumpa Fizi kejap je,” katanya.

Bagaimanapun, rayuan ibunya tidak diendahkan, malah terus dimarahi bertalu-talu dan ‘menghalau’ supaya balik semula ke kampung.

“Tak payahlah mak, serabut ni. Nanti-nantilah mak, balik-balik!” kata si anak yang terus mematikan perbualan.

tanggang moden 3

Seorang pengguna TikTok memaklumkan video tersebut merupakan eksperimen sosial.

Di akhir video, si ibu tidak dapat menahan sebaknya sehingga mengalirkan mata, sambil ditenangkan wanita di sisinya.

Menerusi laman YouTube AkuPeduli yang memuat naik video tersebut, ia merupakan eksperimen sosial dalam masyarakat Malaysia.

Realiti banyak je macam ni. Jadikan iktibar, baik buruk mak kita, tak ada yang boleh ganti.

NETIZEN

Namun, tidak dinafikan kisah ibu dan anak yang derhaka itu merupakan realiti yang berlaku dalam kehidupan masyarakat hari ini yang seharusnya dijadikan pengajaran.

Ternyata video eksperimen sosial itu menyentuh emosi di samping ramai kesal dengan tindakan si anak.

tanggang moden 4

Antara komen-komen netizen.

“Syurga di bawah tapak kaki ibu. Luluh hati dengar. Fizi, Fizi.”

“Wahai anak, kenapa buat macam ni kat mak awak, Fizi?”

“Janganlah buat mak macam ni. Sedih, sayanglah mak.”

“Walaupun eksperimen sosial, dalam realiti banyak je macam ni. Jadikan iktibar, baik buruk mak kita, tak ada yang boleh ganti,” demikian antara komen-komen netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Sebak! Mak sanggup naik bas dari kampung tapi anak tak nak jumpa, siap tengking “balik-balik”… ramai akui Si Tanggang Moden ‘real’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*