Zul Ariffin dah p4dam babak p4nas, Tapi benda dah tersebar. Akhirnya Erma Fatima tampil beri reaksi ini

SELEPAS memadam sedutan babak panas dalam drama Perempuan Itu yang dimuat naik di Instagram pada malam Jumaat, pelakon Zul Ariffin berkongsi pula video dia bertepuk tangan.

Bersama video terbaharu yang dimuat naik pada pagi Sabtu itu, Zul turut menulis kapsyen kembali bekerja seolah-olah tiada apa yang berlaku membabitkan dirinya.

“Back to work,” tulis Zul.

Bagaimanapun, netizen masih belum berpuas hati dan berterusan meninggalkan komen kecaman dan nasihat menerusi perkongsian terbaharu pelakon berusia 35 tahun itu.

Selain rasa kurang senang dengan aksi yang dilakonkan oleh Zul bersama pelakon baharu, Siti Hariesa dalam drama berkenaan, netizen turut mempersoalkan tindakannya memadam video yang sudah menerima lebih sejuta tontonan itu.

Zul masih belum mengulas mengenai babak lakonannya itu.

“Asal delete, takut ke? Baru kena sikit je tu!

“Mana video tadi? Dah delete ke? Alhamdulillah dah dapat kesedaran.

“Harap cerita tu tak tayang terus! Sepatutnya simpan sikit rasa malu bila diarahkan melakonkan aksi macam tu… Tapi ni dengan bangga promosikan adegan jijik lucah macam tu,” tulis netizen pada ruangan komen.

Sebelum itu, Instagram Zul diserang netizen selepas dia memuat naik babak panas drama lakonannya itu di laman sosial berkenaan pada malam Jumaat.

Video memperlihatkan Zul mendukung Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tayangan masyarakat di negara ini.

Selain itu, babak menghairahkan menunjukkan pelakon wanita itu menyuap ‘whipped cream’ ke mulut Zul sebelum menghabiskannya seolah-olah aksi dalam filem luc4h.

Dalam pada itu, Pengarah terkenal yang di percayai terbabit dengan drama terbabit meminta untuk semua netizan supaya bersabar, kerana kebenaran akan muncul nanti

Kebenaran akan didedahkan – Erma Fatima

Ketika namanya sedang menjadi bahan kecaman ramai susulan adegan panas drama Perempuan Itu, pengarah terkenal Erma Fatima mencuri perhatian dengan kapsyen Instagram yang seolah-olah memberi bayangan sebuah kebenaran bakal terbongkar.

“Insya-Allah, kebenaran akan didedahkan tidak lama lagi,” tulisnya ringkas,

Menerusi entri tersebut, sutdara yang terkenal dengan drama Mak Cun itu turut memuat naik sekepung foto seekor harimau sedang bertapa atau dalam fasa menenangkan diri.

“Pejuang yang hebat ialah tidak pernah marah,” tulis ayat pada foto tersebut.

“Insyaallahhh..the truth will reveal soon” – Erma Fatima

Foto yang dimuat naik Erma menerusi Instagramnya hari ini.

Sehingga kini, usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak Erma masih belum berhasil susulan dia tidak menjawab panggilan telefon.

Hasil pemerhatian, kakak kepada pelakon Umie Aida itu turut menutup ruangan komen Instagramnya.

Sehingga kini, namanya dan Zul Ariffin masih sohor kini dalam Twitter.

Sejak malam tadi, media sosial digemparkan dengan sebuah video sedutan drama Perempuan Itu arahan Erma yang memaparkan beberapa adegan panas lakonan Zul bersama pelakon baharu, Siti Hariesa.

Babak yang dikatakan persis filem lucah itu mendapat kritikan ramai serta turut ditegur Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad hari ini.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa kerana drama tersebut dikatakan bakal disiarkan pada bulan Ramadan nanti.

Selain Erma, Zul juga mengambil pendekatan berdiam diri tanpa sebarang penjelasan rasmi selepas dia mencetuskan kontroversi dengan memuat naik video tersebut.

Sebagai info, Perempuan Itu turut dibintangi Mimi Lana dan Iqbal Zulkefli.-

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : http://limauasamboi.pw/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Zul Ariffin dah p4dam babak p4nas, Tapi benda dah tersebar. Akhirnya Erma Fatima tampil beri reaksi ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*