Kisah Ayah Tangmo berkorban Demi Dapat Hak Jaga Anak Buat Ramai Tersentvh

BARU-BARU ini tular video mengenai bapa kepada mendiang Tangmo Nida iaitu Sophon Patcharawirapong yang bersusah payah membesarkan anak tunggalnya itu.

Menerusi video yang dimuat naik akaun TikTok Kweerina itu, Sophon dikatakan sanggup mengorbankan hartanya demi anak tersayang.

Selepas dia bercerai dengan Panida, Sophon mengambil tanggungjawab memelihara dan mengasuh Tangmo sehinggalah bergelar seorang selebriti terkenal.

Dalam video kompilasi berkenaan, Sophon menitiskan air mata berkongsi cerita bagaimana dia memperjuangkan hak untuk menjaga Tangmo dan mengorbankan harta demi mendapatkan Tangmo.

Sophon menyerahkan semua harta termasuklah rumah dan kereta bagi memastikan Tangmo berada di bawah jagaannya.

Selepas mendapat hak asuh itu, mereka berdua berpindah ke sebuah apartment sederhana.

Sophon juga bertanggungjawab menguruskan segala keperluan puterinya itu termasuklah mencuci baju, memasak dan menghantar ke sekolah.

Video kompilasi bapa Tangmo Nida tular di aplikasi TikTok.

Pada 19 September 2015, Sophon menghembuskan nafas terakhir akibat kanser prostat.

Pemergian Sophon benar-benar meninggalkan kesan cukup mendalam buat Tangmo.

Aktres itu mengalami tekanan hingga hampir membu.nuh diri.

Kini, kedua-duanya sudah tiada lagi di dunia dan pergi buat selama-lamanya.

Untuk rekod, mayat Tangmo dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan pada 26 Februari lalu selepas tiga hari hilang dipercayai lemas.

Mayatnya ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira satu kilometer dari lokasinya terjatuh.

Hilang sabar dituduh mata duitan, akhirnya ibu Tangmo ‘meletup’… Bakal ambil tindakan terhadap kaki fitn4h

DITUDUH mata duitan dan sanggup menerima wang pampasan bagi menutup kes kematian anaknya, ibu kepada mendiang Tangmo Nida iaitu Panida Siriyudthayothin tampil memberi amaran kepada netizen yang berterusan menulis komen negatif mengenai dirinya.

Menurut laporan Thaitiger, Panida berkata dia akan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang berterusan menyebarkan fitnah mengenai dirinya.

Kata Panida, dia sudah lama bersabar dan tidak teragak-agak mengheret individu yang melakukan tuduhan tidak berasas itu ke muka pengadilan.

“Mulai sekarang, saya akan menuntut orang-orang yang menyebarkan fitnah dan berita bohong. Fitn5h dan tuduhan kononnya saya gilakan duit dan tak risaukan anak.

“Dulu ada yang kata saya ibu mata duitan, lebih utamakan duit daripada anak… sekarang ini saya benar-benar akan ambil tindakan,” katanya.

Pada 4 Mac lalu, ramai netizen meluahkan rasa marah dengan tindakan Panida yang memaafkan dua suspek kematian anaknya selepas memberi wang pampasan berjumlah RM3.8 juta.

Pada Khamis, mayat Tangmo dibedah siasat buat kali kedua atas permintaan ibunya.

Keputusan Panida memaafkan dua suspek iaitu pemandu bot laju Phaiboon Roberts serta Danupat ‘Por’Lerttaweewit (pemilik pengusahaan bot laju) mengejutkan ramai pihak.

Tindakan Panida itu mengundang rasa kurang senang segelintir netizen sehingga ada menuduh dia mata duitan kerana sanggup menerima wang daripada suspek kes kematian anaknya.

Sumber:GORONTALO

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : dnq.pw

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Kisah Ayah Tangmo berkorban Demi Dapat Hak Jaga Anak Buat Ramai Tersentvh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*