Ingat Lepas Delete Dah Selesai, Sekali Ini Tindakan JAKIM Buat ZulAriffin, SitiHariesa Dan Produksi Drama

Sejak Jumaat lalu hangat diperkatakan mengenai video babak pan4s yang dimuat naik oleh ZulAriffin bersama seorang pelakon baru, SitiHariesa mengundang kec4man ramai.

Perkara itu turut mendapat perhatian bekas pelakon Zul Yahya yang memberikan pendapatnya dipercayai mengenai isu berkenaan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Zul berkata karya sedemikian memalukan drama tempatan dan pihak yang terlibat seolah tiada otak mempertontonkan babak sedemikian pada masyarakat Islam

Dalam perkongsian lain, Zul berkata sepatutnya semakin tua sepatutnya mendekatkan diri dengan Allah bukan semakin bangga menunjukkan cara-cara berz1na.

Sementara itu, dalam entri lain Zul turut meminta kepada orang ramai supaya memadam dan berhenti menyebarkan babak luc4h lakonan Zul Ariffin itu.

 

Ujarnya lagi, jika ada yang berkongsikan video tersebut secara tidak langsung telah mempromosikan adegan z1na.

Terdahulu, pengarah drama berkenaan memberitahu adegan itu merupakan rakaman kedua yang mungkin tidak ditayangkan di televisyen.

Jakim panggil Zul Ariffin, produksi drama ‘Perempuan Itu’

KOTA BHARU – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil produksi drama Perempuan Itu termasuk pelakonnya ZulAriffin serta SitiHariesa berkait adegan ‘pan4s’ yang bercanggah dengan tuntutan agama dan budaya hidup masyarakat di negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, selain itu pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) bagi membincangkan perkara tersebut dengan lebih lanjut.

“Cuma dari sudut panduan agama (Islam) budaya seperti itu tidak sepatutnya dibawa masuk ke negara ini yang berpegang teguh kepada ajaran Islam dan budaya timur” katanya selepas diminta mengulas lakonan pan4s antara ZulAriffin bersama SitiHariesa dalam drama Perempuan Itu di sini pada Ahad.

Sebelum itu beliau hadir ke Kejohanan Muay Thai Kebangsaan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) Pengkalan Chepa.

Menurutnya, seluruh pemain industri drama dan filem serta hiburan di negara ini perlu sentiasa peka dengan perkara ini.

Beliau berkata, perkara tersebut telah menimbul keresahan dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan perkara itu akan menjadi ikutan sekiranya gagal ditangani dengan sebaik mungkin.

Pada Sabtu, menerusi perkongsian di Instagram, pelakon berusia 35 tahun itu dilihat mendukung seorang pelakon wanita yang sedang meningkat naik, Siti Hariesa dan aksi mereka dianggap keterlaluan serta tidak sesuai untuk ditayangkan secara umum.

 

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : awani

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Ingat Lepas Delete Dah Selesai, Sekali Ini Tindakan JAKIM Buat ZulAriffin, SitiHariesa Dan Produksi Drama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*