Kereta Terb4bas Masa Race, Ini Keadaan Nabila Razali

Pelakon dan penyanyi Nabila Razali berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dipandunya ketika perlumbaan pada hujung minggu lalu terbabas dan melanggar dinding pembahagi jalan.

Ekoran daripada kejadian itu, Nabila berdepan keadaan hyperventilation dan serangan panik hingga terpaksa dirawat oleh pasukan kecemasan ketika di lokasi.

“Semalam (Ahad) bukan hari yang baik untuk saya kerana saya berdepan kemalangan lepas tu saya hyperventilation dan sedikit anxiety serta trauma.

“Tapi saya dah semakin okey, semalam pun saya ambil drip daripada pasukan Toyota Gazoo Racing Malaysia. Mereka memang menjaga saya siap buat lawak lagi waktu tengah drip tu untuk alihkan perhatian saya daripada kesak1tan dan fikir pasal masalah semua.

“Terima kasih semua yang mendoakan yang baik-baik untuk saya,” katanya menerusi hantaran video di Instagram Stories.

Hal itu turut disahkan oleh pengurusnya kepada Gempak.

Terdahulu Kaki Nabila Razali lebam gara-gara tersandung, tanggung malu depan tetamu – “sak1t hanya satu peratus sahaja”

MALU… Itulah perasaan penyanyi Nabila Razali yang tersandung ketika membuat persembahan di sebuah acara pada malam sambutan ambang 2022 di Menara Kuala Lumpur, pada Jumaat lalu.

Akibat dari insiden tersebut, kaki Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali mengalami sedikit lebam namun tiada kecederaan yang serius.

“Apa yang berlaku pada malam itu memang sesuatu yang sangat tidak dijangka. Kesan daripada tersandung itu, ada lebam sikit.

“Tak ada apa yang serius… sak1t itu ada la rasa sikit-sikit. Tapi perasaan malu itu lagi banyak. Nak buat macam mana, persembahan perlu diteruskan.

“Saya pun diberi tanggungjawab untuk menghiburkan tetamu yang hadir pada malam itu bersempena sambutan tahun baharu,” kata Nabila kepada mStar.

Sebelum ini, video memperlihatkan Nabila jatuh terjelepok ketika berjalan menuju ke pentas dengan diiringi muzik lagu Pematah Hati nyanyiannya mengundang perhatian netizen.

Waktu itu, sebenarnya dah tak fokus nak menyanyi.

Biarpun terjatuh tanpa diduga, Nabila yang juga seorang pelakon tetap berjaya mengawal situasi dengan mengucapkan selamat tahun baru.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Putus ini mengakui rasa sak1t hilang disebabkan terlalu malu jatuh di hadapan ramai tetamu.

Nabila menganggap insiden tersebut menjadi kenangan dan penutup untuk tahun 2021 serta berharap kejadian itu tidak berulang lagi.

Nabila dibantu dua orang selepas tersandung.

“Ikutkan perasaan malu 99 peratus, sak1t itu hanya 1 peratus sahaja. Waktu itu, sebenarnya dah tak fokus nak menyanyi.

“Saya berharap insiden seperti itu tidak akan berlaku lagi… Insya-Allah. Alhamdulillah, semua orang pun terhibur pada malam itu.

“Ia sebagai penutup la untuk tahun 2021 saya. Semua orang dari serius, terus gelak ketawa. Dapat pahala juga buat orang tersenyum,” ujarnya.

Rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang pelbagai dengan rata-rata berasa kasihan melihat situasi yang tidak dijangka seperti itu.

Akan tetapi mereka tetap memberi kredit kepada Nabila kerana masih lagi meneruskan nyanyian dan ada juga mengakui tidak mampu menahan gelak walaupun beras kasihan melihat penyanyi tersebut jatuh terduduk di lantai.

Sumber:Gempak

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : dnq.pw

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Kereta Terb4bas Masa Race, Ini Keadaan Nabila Razali"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*