Hasrat Untuk Rujvk Tidak Kesampaian! Tak Sangka Ini Perkahwinan Kedua Raja Farah

Sejak mendirikan rumah tangga, nama aktres ini seakan sepi daripada sebarang aktiviti lakonan. Apatah lagi apabila sudah bergelar ibu, tumpuan Raja Farah kini pastinya lebih fokus kepada anak-anak dan suami tercinta.

Percintaan dan perkahwinan yang terjalin antara Raja Farah dan suaminya, Iskandar Ismail dilihat begitu pantas terjadi. Di saat kisah percerai4nnya Mei lalu menerusi perkahwinan pertama masih belum reda, pelakon dan pengusaha perniagaan bakeri bernama penuh Raja Farah Raja Aziz itu tidak mampu menolak kehendak takdir bahawa jodohnya datang lagi.

Bertemu dua hari sebelum tiba Ramadan di sebuah restoran makanan Arab di ibu kota, ia memutik cinta yang tak diduga antara Raja Farah dengan lelaki yang menceburi perniagaan perundingan Teknologi Maklumat.

Raja Farah ditemani teman pelakon, Falisha Crossley manakala Iskandar pula bersama temannya. Siapa sangka dua bulan berkenalan, jodoh itu panjang hingga ke jenjang pelamin. Kedua-duanya sah bergelar menjadi suami isteri pada 6 September 2015.

 

 

“Kegagalan perkahwinan pertama tak bererti saya tak cukup baik, sekali gus tak berhak mengecapi kebahagiaan baharu dan mendatang. Saya berusaha menjadi lebih baik.

Insya-Allah. Ini sudah jodoh. Cepat atau lambat, semua sudah tertulis. Saya terima suratan ini dengan hati terbuka. Banyak kualiti diri yang ada pada suami buat saya yakin untuk mendirikan rumah tangga sekali gus membimbing diri ini jadi isteri baik dan solehah.

“Dia juga jenis yang kuat bekerja dan buat saya yakin menerimanya. Saya rasa selamat di sisinya. Dia tebal dengan sikap melindungi. Sikap putus asa tak pernah ada dalam kamus hidupnya.

Tak kira apa skeptikal orang yang mungkin wujud, dia akan menyokong saya dari belakang. Berada dalam dunia seni dan mencari orang yang benar-benar memahami sebenarnya sukar. Tetapi kesukar4n itu tidak ada padanya.

Raja Farah atau nama penuhnya Raja Farah Raja Aziz meniti usia 33 tahun. Dia selamat bernikah dengan Iskandar Ismail pada 6 September 2015. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Imran Iskandar dan Ilham Iskandar.

Bahagia melayari hidup bersama keluarga tersayang, Raja Farah kini sedang hamil anak yang ketiga selepas beberapa kali keguguran kira-kira setahun selepas dikurniakan zuriat sulung.

 

Hasrat untuk rujuk tidak kesampaian

Hasrat bek4s suami Raja Farah iaitu Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, mahu memulihkan rumah tangga mereka dengan rujuk semula tidak kesampaian apabila aktres itu mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Megat berkata, walaupun dia mahu berbaik dengan bek4s isterinya itu, dia tetap menerima berita tersebut selain menyifatkan mungkin sudah tiada jodoh  antara mereka.

“Kita hanya merancang dan berusaha, selebihnya Allah yang mentukan. Jodoh pertemuan, rezeki kesejahteraan, ajal m4ut semua sudah ditentukan,”

Raja Farah sebelum ini pernah berkahwin dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada 12 November 2010 di Bukit Jelutong.

Perkahwinan tersebut tidak dikurniakan cahaya mata.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : ig Raja Fara

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Hasrat Untuk Rujvk Tidak Kesampaian! Tak Sangka Ini Perkahwinan Kedua Raja Farah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*