Mengejvtkan! [VIDEO] Neelofa Tunjuk Duit Raya Anak Lebih Sepuluh ribu??

Duit raya anak sulung pasangan selebriti Neelofa dan Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz iaitu Muhammad Bilal berjumlah RM14,020.

Ia dikongsikan Neelofa menerusi hantaran video di aplikasi TikTok yang mana dia dan suami mengira duit raya diterima anaknya yang berusia empat bulan  itu pada sambutan hari raya baru-baru ini.

@neelofa

 

♬ Eid Mubarak – Aayat Arif

Menerusi rakaman berdurasi 45 saat itu, Haris yang juga pendkwah bebas mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi menghulurkan duit raya pada Bilal.

“Alhamdulillah, jazakallahukhair pada semua yang memberi duit raya pada Muhammad Bilal. Sampai ada juga beri 1000 Dirham. Jadi, Bilal punya duit raya tahun ini, hasil kutipan RM14,020. Masya-Allah, hebat daripada kita lagi,” katanya.

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini juga, Neelofa dan PU Riz pertama kali berkongsi gambar mereka sekeluarga di Instagram, namun diletakkan emoji pada wajah anak mereka.

Meninjau ke ruangan k0men, video berkenaan sudah meraih 1.1 juta tontonan dan lebih 3,000 komen net1zen yang meluahkan rasa teruja apabila melihat jumlah kutipan duit raya tersebut.

Rata-rata membandingkan duit raya diterima mereka dengan Muhammad Bilal yang diibaratkan seperti ‘langit dan bumi’, malah pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga tidak mencapai jumlah tersebut.

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir individu menegvr pasangan itu agar tidak perlu menunjuk-nunjuk rezeki diperoleh kerana boleh mendatangkan sifat r1ak.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : Harian Metro

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Mengejvtkan! [VIDEO] Neelofa Tunjuk Duit Raya Anak Lebih Sepuluh ribu??"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*