Titip Ucapan Hari Ibu Buat Noor Nabila tarik perhatian. Sharnaaz dah nak bagi Ibu baru pada Jebat?

Bersempena hari ibu, 8 Mei, pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad turut tidak ketinggalan untuk menitipkan ucapan istimewa buat bekas isteri, Noor Nabila yang juga ibu kepada anaknya, Jebat Jayden Ahmad.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram, pemilik nama Sharnaaz Ahmad bin Basir Ahmad mengucapkan selamat hari ibu kepada Noor Nabila dan turut berterima kasih berikutan menjadi seorang ibu yang penyayang buat cahaya mata lelaki mereka.

Happy mothers day to mummy @noornabila. Thank you for being a super mummy and angry mummy to Jebat Jayden Ahmad.

Jebat ada mummy yang sangat penyayang cuma akan bertukar menjadi raksasa yang ganas kalau Jebat buat perangai pak dia.

Dalam pada itu, pelakon kelahiran Pulau Pinang ini mendoakan agar Nabila terus bahagia dan sihat di samping keluarga serta suami tersayang.

Pemilihan calon mak baru kini dibuka. Sila bertenang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja dengan kapsyen yang digunakan oleh Sharnaaz dan mereka mendoakan agar urusannya mencari jodoh dipermudahkan.

Sebagai rekod, Sharnaaz dan Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor namun perhubungan tersebut berkahir dengan penceraian pada tanggal 9 Julai 2020.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : ohbulan

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Titip Ucapan Hari Ibu Buat Noor Nabila tarik perhatian. Sharnaaz dah nak bagi Ibu baru pada Jebat?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*