[VIDEO] Saudara Kelantan Puji Wajah Bilal Segak & Iras Dengan Jebat Jayden, Peminat Neelofa Lagi Teruja

Pasangan selebriti Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz dan Neelofa masih kekal dengan pendirian untuk tidak mended4hkan wajah anak mereka, Muhammad Bilal.

Terbaru, menerusi TikTok @Natasha Maria Khan memberi gambaran wajah Bilal selepas ditunjuk oleh ibu Neelofa, Datin Noor Kartini yang pulang ke kampung halaman di Pasir Mas, Kelantan.

Katanya, Bilal memiliki raut wajah yang segak dan mukanya seakan sama dengan Haris dan Jebat Jayden yang merupakan anak kepada kakak Neelofa iaitu Noor Nabila bersama aktor Sharnaaz Ahmad.

Dapat la juga tengok latest wajah Bilal. Segak betul Bilal. Kulit putih pink nah. Masa lahir hari tu muka Lofa (Neelofa). Ni (sekarang) dah muka Haris. Sikit-sikit ada macam Jayden.

Video:

@natashamaria.khan

♬ Hari Raya – IamNeeta & Najwa Latif & Mimie Haris & Deanna Hussin

Tengok Bilal dalam telefon bimbit mama (Noor Kartini) pun jadi la.

Video tersebut telah mendapat lebih 600,000 tontonan selepas dimuat naik.

Di ruangan komen, rata-rata peminat bekas hos MeleTOP bertambah teruja untuk melihat wajah Bilal.

Komen Netizen:

Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac 2021. Pasangan itu dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : https://ohbulan.com/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Saudara Kelantan Puji Wajah Bilal Segak & Iras Dengan Jebat Jayden, Peminat Neelofa Lagi Teruja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*