Dakwaan gambar ‘keluarga baru’, ini reaksi Najib buat ramai mula tertanya2

Najib Razak enggan mengulas mengenai sekeping gambar yang tular di media sosial sejak dua hari lalu sehingga mencetuskan spekulasi pemimpin Umno itu mempunyai keluarga baru.

Bekas perdana menteri itu yang ditemui media terus berjalan ke arah keretanya di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di Jalan Duta selepas perbicaraan sebelah pagi berhubung dakwaan dia dan bekas CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy terbabit dalam meminda laporan audit firma pelaburan negara itu.

Najib terus memasuki kereta dan dipandu pulang ke rumah.

Semalam, Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad mengucapkan “selamat pengantin baru” kepada Najib dalam komen di Facebook.

Ini selepas bekas perdana menteri itu, memuat naik statusnya bersama Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon.

“Selamat pengantin baru Datuk Seri!” tulis Wan Wan Ahmad Fayhsal.

Komen itu dibuat selepas tersebarnya sekeping gambar Najib dengan seorang wanita, yang mencetuskan spekulasi pemimpin Umno itu mempunyai keluarga baru.

Terdahulu MEDIA sosial dikejutkan dengan sekeping foto mengaitkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama lima individu lain.

Menerusi Twitter @Salim_Iskandar yang membuat pendedahan berkenaan, Najib dipercayai bergambar dengan sebuah keluarga selain di sebelah beliau dilihat seorang wanita sedang merangkul erat lengannya.

Lebih mengejutkan apabila individu berkenaan turut mendakwa wanita yang dikatakan bekas pramugari itu adalah isteri Najib.

“Dulu dia kerja stewardess (pramugari). Yang kenalkan bossku (Najib) dengan dia adalah abangnya.

Ciapan yang dibuat Salim Iskandar

“Dia ni bekas CEO Malaysian Tourism Exchange (Matex),” jelasnya.

Dalam pada itu, pelayar Twitter berkenaan turut berkongsi mesej menerusi WhatsApp yang diterima berhubung kesahihan gambar tular berkenaan.

“Gambar ni tok (Datuk) no issue sebab tu memang wife bossku yang sah,” demikian yang tertulis dalam tangkap layar mesej berkenaan.

Perkongsian tersebut kemudian di ulang kicau lebih 3,000 pelayar Twitter selain dikongsikan warganet dengan #rosmah sehingga menjadi trending nombor satu pada 19 Mei.

Tangkap layar mesej ‘pengesahan’ turut dikongsikan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak menyangka bekas perdana menteri itu mempunyai isteri lain selain Datin Seri Rosmah Mansor.

“Berani juga kahwin lagi satu walaupun muka isteri pertama garang.

“Berkahwin lagi atau dah lama tapi tidak dikhabarkan?

“Ini baru betul, nak malu apa bossku! Perkara halal,” ujar beberapa netizen.

Ada yang menyatakan ia adalah disunting.

Bagaimanapun ada pula yang menyatakan bahawa foto yang tersebar itu telah disunting.

Kata mereka, Najib mungkin bergambar kenangan dalam satu majlis dipercayai sambutan hari jadi seperti yang dilihat ramai.

Namun wujud kesangsian pada bahagian tangan wanita yang sedang merangkul lengan Najib.

Najib dikatakan berkahwin dengan individu tular itu pada 2018.

“Macam photoshop, kenapa tangan bini dia kabur? Posture pun pelik,” komen seorang pelayar.

Najib merupakan bekas Perdana Menteri ke-6 yang terpalit dengan pelbagai dakwaan rasuah dan 1MDB.

Beliau juga terkenal dengan tagline ‘malu apa bossku’ dalam kalangan pengikutnya.

Najib berkahwin kali pertama dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar pada tahun 1976 ketika berusia 23 tahun.

Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohd Nizar, Mohd Nazifuddin dan Puteri Norlisa.

Selepas bercer4i dengan Zainah pada 1987, Najib berkahwin pula dengan Rosmah Mansor.

Mereka memperoleh dua orang cahaya mata iaitu Mohd Norashman dan Nooryana Najwa.

Dua tahun lalu, tersebar dakwaan sama bahawa Najib berkahwin dengan seorang wanita berusia 50 tahun.

Wanita itu bagaimanapun menafikannya dan membuat laporan polis.

kredit: mkini

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Dakwaan gambar ‘keluarga baru’, ini reaksi Najib buat ramai mula tertanya2"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*