“Cantik Dari Dulu Kak Fathia Ni…”- Fathia Latiff Kongsi Foto Di Bangku Sekolah, Peminat Puji Kecantikan Tuan B4dan

 

Setelah hampir dua dekad berlalu, pelakon Fathia Latiff mengimbau memori dan kenangan sewaktu dirinya masih di bangku sekolah menengah lagi.

Pelakon berusia 34 tahun ini turut berkongsi momen zaman remajanya itu bersama peminat menerusi sekeping foto yang dimuat naik di laman media sosial Instagram miliknya.

Nyata, Fathia sememangnya kelihatan seperti seorang pelajar yang sangat ‘sempoi’ dan bersahaja!

“Me in highschool,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen entri berkenaan.

Lantas, perkongsian bintang drama bersiri Dia Isteri Luar Biasa itu telah mencuri perhatian para peminatnya.

Rata-rata peminat memuji kecantikan wajah yang dimiliki oleh aktres kelahiran Pulau Pinang itu.

“cantik dari dulu kak fatiya ni,” puji salah seorang wargamaya.

“salam sayang fathia, nice memories masa highschool…the best time, kan u…,” tulis seorang netizen.

“Muka sis dulu ulat buku,” komen seorang peminat yang lain.

“memang cantik dari dulu rupanya,” tulis peminat.

Sekadar informasi, Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff telah dilahirkan pada tanggal 1 September 1987 dan telah memulakan karier seni lakonan sekitar tahun 2009.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff)

Sehingga kini, Fathia sudah menceburi industri hiburan tanah air hampir 13 tahun dan mempunyai jumlah pengikut di Instagram melebihi 3 juta.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : mh

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Cantik Dari Dulu Kak Fathia Ni…”- Fathia Latiff Kongsi Foto Di Bangku Sekolah, Peminat Puji Kecantikan Tuan B4dan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*