Baru-baru ini, pelakon Elisya Sandha mengumumkan yang dia dan suami, Uzair Haqimy bakal menimang cahaya mata perempuan menerusi kehamilan pertamanya.
Bahkan, selain Elisya, keluarga mentuanya, penerbit dan dramatis Sheila Rusly turut teruja berkongsi berita gembira berkenaan.
Pun begitu, kegembiraan yang mendakap jiwa Elisya dilihat terus mengalir laju dek kejutan yang diberikan oleh suaminya sempena dengan sambutan hari lahirnya semalam.
Kini berusia 23 tahun, Elisya menerusi Instagram memberitahu yang sang suami membawanya ke tempat pertama mereka dating ketika zaman persekolahan tidak berapa lama dahulu.
“After birthday dinner semalam, dia bawa pergi tempat kami selalu dating dulu zaman sekolah.“Dia belikan saya jam tangan mahal… haih sayang I ni. Terima kasih suami untuk segalanya. I loven you,” tulis Elisya.
Menerusi ruangan komen, Uzair membalas: “I love you more sayang,” tulisnya.
View this post on Instagram
Selain itu, Sheila Rusly turut meninggalkan respons yang berbunyi: “Haih Haq ni… bila nak belikan mama pulak?” soalnya bergurau.
Dalam masa yang sama, pengikut Elisya turut menzahirkan rasa gembira melihat kemanisan hidup berumah tangga pelakon itu dengan suaminya.
Elisya Sandha mendirikan rumah tangga dengan anak Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy pada 21 Ogos tahun lalu.
Komen netizen:
Sumber: Gempak
Terdahulu,
Ramai risau lihat Elisya Sandha sakan melompat ketika majlis ‘gender reveal’
Dikelilingi dengan keluarga dari ‘orang-orang industri seni’, pelakon cantik, Elisya Sandha sememangnya menjadi tumpuan media lebih-lebih lagi setelah mengumumkan kehamilan anak sulungnya.
Menantu kepada pasangan pengarah terkenal, Sheila Rusly dan Azman Yahya (Jinggo) ini dilihat bahagia bersama suami tersayang, Uzair Haqimy.
Bakal timang anak perempuan
Semalam, adik kepada aktres terkenal Fasha Sandha itu telah membuat majlis ‘gender reveal’ untuk mengumumkan jantina anak sulungnya sama ada lelaki atau perempuan.
Menerusi video yang dikongsikan oleh akaun TikTok @krkiffy dia telah memuat naik suasana ketika majlis tersebut berlangsung.
Sakan melompat gembira
Pengumuman tersebut pastinya telah menggembirakan ramai pihak terutamanya ahli keluarga kerana Elisya dan Uzair bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.
Namun reaksi yang ditunjukan Elisya telah mengundang rasa bimbang warganet kerana dia yang sedan sarat sempat melompat sewaktu mengetahui jantina anak yang dikandung
Risau pula tengok melompat gitu
Menjengah keruangan komen, kebanyakan mereka menasihati agar pelakon berkenaan tidak terlalu lasak kerana bimbang akan kandungannya yang sudah semakin sarat.
Mereka juga gerun apabila Elisya dengan spontan melompat-lompat setelah belon dipecahkan dan mengetahui jantina anak yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Sumber :TikTok & OMM
Article sebelumnya,
DIJANGKA BERSALIN 16 JUN – ELISYA SANDHA BAKAL TIMANG ANAK SULUNG PEREMPUAN
Dijangka bersalin anak sulung pada 16 Jun ini, pelakon Elisya Sandha, 23, memaklumkan dia bakal dikurniakan bayi perempuan dan sepanjang tempoh kehamilan dia sudah mempersiapkan diri dengan membaca buku mengenai keibubapaan dan penyusuan ibu.
“Kalau boleh nak bersalin normal, tapi kalau ditakdirkan kena menjalani proses pembedahan saya tak kisah. Apa yang penting bayi keluar dengan selamat. Sekarang ini usia kandungan sudah mencecah 36 minggu. Dari segi persediaan dan kebimbangan sebagai ibu muda, sebenarnya saya dan suami ‘go with flow’ saja. Untuk anak pertama memang tak nak merancang.
“Persiapan saya banyak baca buku, macam mana nak menjadi ibu bapa, macam mana nak susukan anak. Sebab ini pengalaman pertama, jadi tak tahu apa-apa. Banyak kena belajar,” kata adik kepada pelakon Fasha Sandha ini kepada Harian Metro.
Terdahulu, Elisya atau nama penuhnya Nur Elisya Sandha Hassan dan suami, Uzair Haqimy, 26, mengadakan majlis ‘baby shower’ seterusnya memperkenalkan jantina bayi dalam kandungan di sebuah hotel, di sini, hari ini.
Sementara itu, Haq yang juga anak kepada pelakon dan penerbit, Sheila Rusly itu berkata, dia sudah bersedia menjadi bapa selain berasa gementar.
“Perasaan sekarang adalah gementar sikit sebab saya tahu situasi yang bakal dilalui isteri, bertarung nyawa dan akan banyak darah. Bapa saya sendiri pun sudah pesan kena ada di sisi isteri ketika dia bersalin.
“Dia cakap, kalau ada niat buruk saya kena ingat semula pengorbanan isteri bertarung nyawa ketika bersalin. Dalam masa sama, saya sudah bersedia menjadi bapa,” ujarnya yang berkahwin dengan Elisya pada 21 Ogos tahun lalu.
Sumber mstar
Artikel Sebelum Itu,
Congrats! Bakal Timang Baby Girl, Elisya Sandha Idam Bersalin Normal
Pelakon Elisya Sandha teruja dan bersyukur apabila mendedhkan dia bakal melahirkan bayi perempuan dan dijangka bersalin 16 Jun depan.
Elisya, 23, atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha Hassan berkata, sepanjang tempoh kehamilan dia mempersiapkan diri dengan membaca buku mengenai keibubapaan dan penyusuan ibu.
“Kalau boleh nak bersalin normal, tapi kalau ditakdirkan kena menjalani proses pembedhan saya tak kisah. Apa yang penting bayi keluar dengan selamat
“Sekarang ini usia kandungan sudah mencecah 36 minggu. Dari segi persediaan dan kebimbangan sebagai ibu muda, sebenarnya saya dan suami ‘go with flow’ saja. Untuk anak pertama memang tak nak merancang.
“Persiapan saya banyak baca buku, macam mana nak menjadi ibu bapa, macam mana nak susukan anak. Sebab ini pengalaman pertama, jadi tak tahu apa-apa. Banyak kena belajar,” katanya.
Terdahulu Elisya dan suami, Uzair Haqimy, 26, mengadakan majlis ‘baby shower’ sekaligus berkongsi jantina bayi dalam kandungan.
Sementara itu, Haq yang juga anak kepada pelakon dan penerbit Sheila Rusly menambah, dia sudah bersedia menjadi bapa selain berasa gementar.
“Perasaan sekarang adalah gementar sikit sebab saya tahu situasi yang bakal dilalui isteri, bertarung ny4wa dan akan banyak dar4h.
“Bapa saya sendiri pun sudah pesan kena ada di sisi isteri ketika dia bersalin. Sebab dia cakap, kalau ada niat buruk saya kena ingat semula pengorbanan isteri bertarvng nyawa ketika bersalin. Dalam masa sama saya sudah bersedia menjadi bapa,” katanya.
Rara-rata netizen dan juga rakan peminat merakamkan ucapan tahniah buat bakal ibu yang akan menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.
Elisya dan Haq berkahwin pada 21 Ogos tahun lalu.
Tak sabarnya nak jumpa baby“ Dah nak jadi ibu, EIisya Sandha tunggu hari bersaIin!
Zarul Zainal May 28, 2022 Kisah Leave a comment 4,399 Views
Pelakon dan penerbit drama Sheila Rusly bakal bergelar nenek apabila menantu kesayangannya Elisya Sandha , yang juga pelakon jelita mengumumkan kehamilan pertamanya pada April lalu.
Berita menggembirakan itu didedahkan sendiri Elisya atau nama sebenarnya, Nur Elisya Mohd. Faisal, 22, menerusi satu muat naik klip video, dimana kesemua ahli keluarga dan suaminya menangis kegembiraan selepas mengetahui bakal mendapat ahli keluarga baharu.
Kakak kepada Elisya, pelakon Fasha Sandha turut berkongsi video yang sama dengan ucapan tahniah buat adiknya.
Diam tak diam kini Elisya Sandha sedang menghitung hari untuk melahirkan anak pertamanya.
Baru-baru ini, bakal ibu cantik manis ini telah memuat naik kapsyen ringkas melalui Instagram, namun memberi bayangan bakal bersalin tidak lama lagi.
“Counting days 🤍,” tulisnya ringkas.
Menerusi entri yang sama, Elisya turut memuat naik foto terkininya yang sudah menampakkan wajah menghampiri detik kelahiran bayi sulungnya.
Malah menerusi entri berlainan yang dimuat naik dua minggu lalu, Elisya nampaknya seakan tidak sabar menantikan kelahiran anak pertamanya dan kini sudah membuat persiapan terakhir untuk menyambut kelahiran yang dinantikan itu.
“Mother can’t wait to see you.
“Hari ni nak cari barang baby! Where should i go first?,” tulisnya di Instagram.
Sementara itu, pengikut selebriti cantik manis ini turut mendoakan yang terbaik buat Elisya dan semoga proses kelahirannya dipermudahkan.
Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha, 22, memutuskan untuk berumah tangga dengan Uzair Haqimy yang juga merupakan anak kepada pelakon Sheila Rusly pada 21 Ogos tahun lalu selepas lima tahun mengenal hati budi masing-masing.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : Mstar & gempak
Be the first to comment on "“Dah nak bersalin”Elisya Sandha Tayang Hadiah Mewah Pemberian Suami, Netizen Puji Mereka Pasangan Sweet.."