Aafiyah Pimpin Tangan Dan Bergurau Dengan Neelofa, “Nak Kahwin Ke…”

Sebelum ini pernah tular si cilik popular iaitu anak perempuan kepada penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang diberi nama, Siti Aafiyah dimana dia begitu teruja apabila berjumpa dengan usahawan dan selebriti, Neelofa.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini Datuk Seri Siti Nurhaliza atau turut dikenali dengan panggilan Tokti mengadakan satu majlis di rumahnya yang turut dihadiri oleh Neelofa bersama suaminya, Haris Ismail.

Namun begitu, dalam pada suasana di majlis tersebut mencuri tumpuan ramai di Instagram Tokti, satu rakaman video yang menunjukkan kemesraan antara Neelofa bersama cahaya mata sulung Tokti ini juga mencuit hati ramai.

Mana tidaknya, kehadiran Neelofa itu membuatkan Aafiyah sekali lagi dilihat begitu teruja sehinggakan dilihat memegang erat tangan Neelofa.

Manakala lebih menghiburkan buat peminat, si cilik popular itu sempat berbual lucu dengan Neelofa dengan berkata, “Nak kahwin ke, kahwin lagi sekali haha.”

Video dikongsikan oleh akaun bernama, Seorangnur tersebut dengan kapsyen, “Hahaha. Cute la Aafiyah ni. Pandai dia bercakap,” itu membuatkan peminat si cilik itu menghujani ruangan komen dengan bermacam-macam reaksi senang dan tercuit hati dengan gelagat Aafiyah bersama Neelofa.

“Aafiyah memang suka…”

“Soo cute…”

“Ramai yang sayang…”

“Cute sangat”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : HCL

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Aafiyah Pimpin Tangan Dan Bergurau Dengan Neelofa, “Nak Kahwin Ke…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*