Terpegun tengok kecantikan anak gadis Dato’ Sri Eizlan Yusof dan Vie Shantie Khan, Vie Zaara Khan! Makin meningkat usia, makin terserlah pesona dan wajah jelitanya. Tak dinafikan, Vie Zaara yang kini berusia 14 tahun mewarisi gen cantik daripada kedua-dua ibu bapanya. Alhamdulillah!
Walau Dato’ Sri Eizlan dan Vie Shantie sudah pun berpisah kira-kira tujuh tahun lalu namun kedua-duanya masih menjalin hubungan baik demi anak-anak. Lebih istimewa, ketika ulang tahun anak sulung mereka ini pada 3 Mei lepas, Dato’ Sri Eizlan dan Vie bergilir-gilir meraikan hari lahir Vie Zaara.
Apatah lagi birthday Zaara tahun ini jatuh pada hari kedua Syawal! Menerusi Instagram Vie Shantie, keluarganya meraikan hari lahir gadis berkenaan dengan percikan bunga api dan majlis kecil-kecilan yang disambut bersama ahli keluarga.
Yang pasti, raut wajah lembut dan cantik Zaara yang sejuk mata memandang sering menarik perhatian peminat ibu dan bapanya. Tidak hanya dikurniakan rupa paras menawan, Zaara juga cemerlang dalam akademik dan fasih berbahasa Arab.
Pesan Vie Shantie bersempena hari lahir anakanda tersayang, “Anakku Vie Zaara Khan sayang, apa pun yang engkau lakukan, apa pun yang engkau cita-citakan, jangan pernah terlepas dari sikap rendah diri dan jujur dalam semua hal.
Suatu masa engkau pasti memasuki dunia sebenar. Dunia yang tidak akan berhenti. Semoga saat itu jiwa mu kan tetap kuat seperti engkau sekarang, inshaAllah.”
Sementara itu, Dato’ Sri Eizlan turut menzahirkan rasa syukur dapat melihat Zaara membesar menjadi anak yang diimpikan dan memiliki keperibadian yang terpuji. Ujarnya, “Selamat ulang tahun ke-14 darling daddy, Vie Zaara Khan.
Daddy doakan semoga Allah SWT akan sentiasa merahmati, menjauhkan perkara yang tidak baik dan memberkati Kakak, dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan diberkati. Aamiinn.”
Dalam temu bual Nona bersama Dato’ Sri Eizlan di Nona On Air pada Februari lepas, usahawan ini turut mendedahkan dia gembira kerana impiannya untuk melihat anak-anak menguasai bahasa Arab akhirnya dimakbulkan.
“Dengan bekas isteri, saya pernah sampaikan hasrat nak semua anak-anak pandai cakap Arab. Alhamdulillah semua ok. Tak ada isu berat dengan bekas isteri. Isu antara kami tak melibatkan anak-anak. Hubungan kami baik sebagai kawan.”
Selain Vie Zaara, Dato’ Sri Eizlan dan bekas isterinya iaitu Vie Shantie Khan mempunyai dua lagi cahaya mata iaitu Zareef Yusof dan Vie Zaalia.
Hasil perkahwinan dengan Datin Natasha Rosa pula, Dato’ Sri Eizlan dikurniakan seorang lagi anak perempuan iaitu Zaelynn Rosa. Begitu juga Vie Shantie yang mempunyai seorang lagi anak perempuan diberi nama Vie Raissa hasil perkongsian hidup dengan seorang ahli poL1tik.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : NONA
Be the first to comment on "Umur 14 Tahun Dah Terserlah Keayuan, Wajah Anak Gadis Eizlan Yusof & Isteri Lama Jadi Perhatian"