Awie Tegur Aliff Syukri,Sekali Aliff Syukri Selamber Sound Awie Dengan Ayat Ini

Vokalis kumpulan Wings, Datuk Awie memohon segelintir pengasas kosmetik agar tidak meruntuhkan industri seni.

Ujarnya, kemunculan mereka ini telah memberikan impak negatif dan ibarat “melacurkan” industri.

Datuk Awie meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan tindakan segelintir usahawan serta TikToker yang cuba memasuki industri hiburan dan bergelar penyanyi.

Kata Awie atau Ahmad Azhar Othman, 54, industri muzik kini rosak selepas kemunculan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh seseorang yang tidak berbakat.

“Apa nak jadi dengan industri muzik kalau mereka melacuri industri ni dengan teruknya, teruk sangat tahu tak!

“Tiba-tiba stesen TV pakai lagu mereka untuk program, radio pakai lagu mereka untuk pasang walhal mereka bukan penyanyi, nak bercakap pun tak sedap apatah lagi nak menyanyi.

“Saya minta maaf, bukan saya bagus sangat saya pun tak bagus tapi saya sayangkan industri ni,” katanya kepada mStar.

VIDEO:

Ini respond Aliff Syukri tentang teguran Awie

Awie nasihat Aliff Syukri berhenti menyanyi, cukuplah rosakkan industri… Kalau ‘art’ sekalipun kena tahu batas – Video | mStar

Ketika sidang live Aliff Syukri ada netizen memberitahu bahawa Awie cakap suara Aliff Syukri tidak sedap.

Aliff Syukri terus beri respond dan mengatakan bahawa suara dia ada peminat tersendiri.

Dia tidak kisah dengan kritikan dan kutukan dari Awie atau netizen lain.

Video:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : MSTAR / Utusan / Youtube

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Awie Tegur Aliff Syukri,Sekali Aliff Syukri Selamber Sound Awie Dengan Ayat Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*