“Sepatutnya tak boleh pakai .. ” – Selepas 3 Tahun Gerak Solo, Muss Beritahu Hubungan Dengan Ahli Kumpulan May

PENYANYI Muss mendedahkan sehingga kini masih ada lagi penganjur konsert menggunakan nama kumpulan lamanya iaitu May untuk tujuan promosi.

Muss atau nama sebenarnya Mustaffa Din, 54, meminta mana-mana penganjur persembahan selepas ini tidak lagi mengaitkan namanya dengan kumpulan berkenaan.

“Sepatutnya saya tidak boleh menggunakan nama Mus May itu lagi kerana sudah bergerak solo tapi kadang-kadang pihak penganjur ada yang guna nama May untuk anjurkan konsert.

“Mungkin ada yang terlupa atau terpaksa atas gunakan nama May itu tujuan komersial bagi menarik pengunjung.

“Saya sarankan untuk selepas ini agar gunakan nama Muss sahaja dan rasanya ramai pihak penganjur yang sedar perkara ini, tapi sekiranya ada pihak masih gunakan nama itu saya tidak boleh buat apa-apa” kata Muss kepada mStar.

Untuk rekod, Muss mengambil keputusan mengundurkan diri daripada kumpulan May pada Januari 2019 selepas mengambil kira keadaan kesihatannya yang kurang mengizinkan.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

‘Dia tiba-tiba keluar, tak bincang pun’ Anggota May terkilan dengan Mus

Terdahlu ANGGOTA kumpulan May meluahkan rasa terkilan dengan cara pengunduran bekas vokalis mereka, Mus beberapa bulan lalu.

Pemain bass kumpulan May, Yus berkata mereka tidak mempunyai masalah Mus memilih untuk bergerak sendiri tetapi biarlah kena dengan caranya.

“Sepatutnya dia beritahu kami dulu supaya senang kami cari back-up, bukan secara tiba-tiba buat kenyataan di media dan meninggalkan May begitu sahaja.

“Sebenarnya dia memang dah lama nak bergerak solo. Tak ada masalah, tapi cara dia tu terlalu selfish.

“Selama ini kami diam dan tidak pernah cakap apa-apa tentang dia, tetapi kenyataan dia di media seolah-olah kami pula yang buat masalah,” katanya.

Ketika ditanya tentang penggunaan nama May yang masih digunakan Mus sehingga kini, Yus berkata bekas vokalis tersebut sepatutnya tidak lagi menumpang mereka.

“Dia sedar sebenarnya May yang menaikkan nama dia, sebab itulah sehingga sekarang pun dia masih pakai nama May.

“Rasanya dia dah boleh pakai nama sendiri kerana dia pun dah tinggalkan May,” katanya.

Sementara itu pemain dram, Man pula berkata penggunaan nama May oleh bekas vokalis tersebut boleh mengundang kekeliruan.

“Kami tidak mahu kekeliruan berlaku dalam urusan rasmi melibatkan May pada masa akan datang. Jadi saya harap dia pun fahamlah.

“Sekarang ini dia pun dah bawa haluan sendiri, May pun dah ada pengganti dia…cukup-cukuplah tumpang nama kumpulan yang dia sendiri buang ini,” luahnya terkilan.

May ditemui ketika majlis sidang media Konsert Metal Sound May dan Lefthanded di Hard Rock Café, Kuala Lumpur pada petang Selasa.

Pada konsert berskala besar yang bakal berlangsung pada Disember ini juga nanti, May akan memperkenalkan vokalis baru mereka AG.

“Ini bukan kali pertama AG buat persembahan dengan May. Selepas pengunduran Mus, dalam masa tiga bulan ini undangan buat kami tak berhenti.

“Alhamdulillah, rezeki May…Bagaimanapun untuk AG ini persembahan pertamanya di konsert besar seperti Metal Sound ini.

“Kami juga sudah mempunyai perancangan untuk May menjelang 2020. Kita buka buku baru dengan vokalis baru,” kata Man.

Anggota kumpulan May berasakan tindakan bekas vokalis sebagai pentingkan diri sendiri. -Gambar fail

kredit: mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : trendinsgt

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Sepatutnya tak boleh pakai .. ” – Selepas 3 Tahun Gerak Solo, Muss Beritahu Hubungan Dengan Ahli Kumpulan May"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*