Akhirnya Terjawab Juga SeteIah Ramai Bertanyakan Dimana HiI4ngnya Suami Noor NabiIa

Sejak semalam, ramai yang tertanya-tanya dimanakah kelibat suami kepada Noor Nabila iaitu Engku Emran sewaktu sambutan hari ulang tahun anaknya, Jebat Jayden Ahmad.

Mana Engku Emran?

Dalam majlis terbabit, hanya ahli keluarga Nabila dan juga bekas suaminya, Sharnaaz Ahmad yang bersama-sama meraikan birthday party Jebat bertemakan Spiderman.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Jebat Jayden Ahmad (@jebatjayden)

Kongsi gambar dengan suami

Walau bagaimanapun, persoalan dimanakah Engku Emran nampaknya terjawab apabila Nabila berkongsi gambar berdua bersama suami di Insta Story bersempena dengan hari ulang tahun kelahirannya pada hari ini.

Muat naik berkenaan tidak disertakan dengan sebarang kapsyen dan kelihatan mereka dalam keadaan baik-baik sahaja.

Sambut hari lahir bersama

Menerusi Insta Story ahli keluarga mereka, Engku Emran juga dilihat mendampingi isterinya ketika menyalakan lilin di atas kek sebelum ditiup oleh Nabila.

Selain daripada gambar bersama Engku Emran, kakak kepada selebriti terkenal Neelofa itu turut berkongsi momen dengan ibu bapa serta ahli keluarganya.

Happy birthday mummy!

Selain itu, Insta Story usahawan berkenaan juga dipenuhi dengan ucapan daripada kenalannya dan Sharnaaz Ahmad turut sama mengucapkan selamat hari lahir buat Nabila.

Dalam perkongsian tersebut, Sharnaaz menzahirkan rasa terima kasih kepada Nabila kerana menjadi ibu yang terbaik buat Jebat Jayden.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad)

Terdahulu, gosip berkenaan rumah tangga Noor Nabila dan Engku Emran beredar kencang hingga ke negara jiran dengan pelbagai d4kwaan tidak benar.

Ada di antara media Indonesia dengan beraninya mengatakan pasangan tersebut sudah berplsah sedangkan pasangan itu sama sekali tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan hal tersebut.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : Ig noornabila/jebatjayden/achikdia.com

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Akhirnya Terjawab Juga SeteIah Ramai Bertanyakan Dimana HiI4ngnya Suami Noor NabiIa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*