“Saya tengah sakit perlu b3dah, tapi anak2 perlukan duit untuk sambung..” Aaron Aziz dedah sesuatu bimbangkan peminat

Pelakon, Datuk Aaron Aziz memberitahu dia lebih rela menanggung kesakitannya asalkan dapat terus berlakon demi membayar yurang pengajian anak-anak.

Aaron yang telah lama menghidap penyakit akibat masalah saraf tulang belakang sejak 10 tahun lalu menzahirkan kebimbangan tentang risiko yang bakal dihidapi selepas pembedahan, kos perubatan yang agak besar bagai rawatan penyakit berkenaan.

“Kos pembedahan memang besar. Ubat sahaja memakan belanja dua hingga tiga ribu. Tapi nasib baik saya ada insurans.“Itu salah satu faktor yang saya perlu fikir.

Anak-anak pun masih lagi belajar. Anak perempuan saya, Dahlia Arissa baru memasuki kolej. Anak lelaki saya pula, Danish Anaqi sekarang belajar di sebuah kolej di Jepun.

“Mereka akan masuk ke Universiti yang memerlukan perbelanjaan besar. Jadi, tak apalah saya sakit. Saya masih berlakon sebab nak kejar bayar semua yuran anak-anak,” katanya.

Aktor berusia 46 tahun itu juga selalu berpesan pada anak-anak supaya tidak bimbang soal duit dan hanya fokus terhadap pembelajaran masing-masing.

“Isteri saya juga selalu ingatkan anak-anak tentang pengorbanan, bekerja keras untuk cari duit demi anak-anak. Insya-Allah saya boleh tanggung pembelajaran mereka,” katanya.

“Sekitar bulan 10 nanti saya terlibat dengan penggambaran sebuah filem. Insya-Allah jika tiada halangan, saya akan buat pembedahan tulang belakang pada penghujung Disember nanti selepas pulang daripada umrah,” ujarnya.

Aaron disahkan mengalami masalah saraf dan tulang belakang tersepit 10 tahun lalu, Aaron kini bergantung dengan suntikan steroid selain ubat tahan sakit ketika bekerja.

Hasil pemeriksaan doktor juga mendapati terdapat ketumbuhan (bukan kanser) pada bahagian bawa tulang belakangnya yang memerlukan pembedahan.

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : news.allmhi.com

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Saya tengah sakit perlu b3dah, tapi anak2 perlukan duit untuk sambung..” Aaron Aziz dedah sesuatu bimbangkan peminat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*