Pasangan selebriti Uyaina Arshad dan Raja Shahiran akhirnya mengumumkan nama anak sulung mereka yang dilahirkan pada Khamis lalu.
Menerusi hantaran di Instagram, Uyainan memaklumkan nama anak lelakinya ialah Raja Urhan Raja Syahiran yang memiliki maksud cukup baik.
“Urhan bermaksud pemimpin yang hebat. Selain dekat dengan nama ibu kami yang tercinta Noor Alhan, nama Urhan juga diambil dari nama Sultan Empayar Uthmaniyyah yang kedua iaitu Sultan Orhan Gazi.
“Semoga Raja Urhan membesar menjadi seorang khalifah yang baik di muka bumi ini dan dapat memberi kebaikan kepada ramai orang,” tulisnya.
View this post on Instagram
Pada masa sama, Uyaina kini sedang melalui fasa bergelar ibu namun masih belum mended4hkan wajah penuh Raja Urhan.
Uyaina dan Raja Syahiran yang juga penyanyi melangsungkan pernikahan di Colony Star Boulevard, di sini, pada 20 Disember tahun lalu.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : https://gempak.com/
Be the first to comment on "Bawa Makna Pemimpin Hebat, Nama Anak Uyaina Arshad dan Raja Syahiran tarik perhatian ramai"