Perkahwinan Ke-2 Hanya Bertahan 45 Hari, Ini Berlaku Kepada Kak Ani Selepas Nikah Kali Ke-3!

Siapa tak kenal dengan Noraniza Idris atau lebih mesra dipanggil Kak Ani yang terkenal dalam memperjuangkan irama Malaysia ke mata dunia?

Lagu-lagunya sejak dari zaman 90s lagi jadi siulan ramai. Antara yang femes ialah Awallah Dondang, Ngajat Tampi, Hatinya Tak Tahan dan lain-lain.

Mahu Penuhi Permintaan Suami

Nur Aniza Idris atau lebih mesra dipanggil dengan panggilan Kak Ani, membayangkan untuk memenuhi permintaan suaminya, Jufri Hudi yang mengajaknya menumpukan perhatian kepada ibadah dan meninggalkan bidang nyanyian.

Kak Ani berkata suaminya banyak berkorban terhadap kejayaannya sebelum ini dan sekarang masanya untuk dia membalas semula apa yang diberikan.

Akuinya suami mengizinkannya untuk terus berkarya sampai puas namun sampai waktunya harus pula menurut permintaan suami.

“Satu masa dulu suami ada cakap, dia akan bantu karier saya sampai saya rasa puas. Sampai masa nanti saya kena ikut dia pula yang sekarang sibuk semula dengan agensi umrah.

“Maknanya mungkin ini salah satu peralihan untuk saya bantu dia ke arah ukhrawi pula dengan lagi dekat. Sebenarnya sebagai artis kalau cakap nak tinggalkan terus dunia seni…tipulah. Namun, saya memang ada hasrat nak berhenti menyanyi untuk menuju ke arah akhirat,” katanya

Melihat anak kelahirang Kluang, Johor ini beraksi di pentas nyanyian bagaikan tidak percaya bahawa umumnya sudah setengah abad.

Latar Belakang Noraniza Idris

Siapa Noraniza Idris? Nor Aniza Haji Idris atau nama popularnya, Noraniza Idris merupakan antara penyanyi yang memberi saingan dalam program realiti, Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).

Pertandingan nyanyian edisi 2020 itu turut menampilkan penyanyi Mus (May), Cliff Umar, Ashira Aziz, Ayu Damit, Yantzen, Nomad, Linda Nanuwil, Oja, Aju (vokalis Success), Rozita Izlyn, Haslinda, kumpulan Eva dan kumpulan Indigo.

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Nor Aniza binti Haji Idris.
  • Menggunakan nama pentas, Noraniza Idris.
  • Berumur 54 tahun (2022).
  • Lahir pada 27 Ogos 1968.
  • Berasal dari Kampung Melayu, Kluang, Johor.
  • Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 1985.
  • Bergiat sebagai seorang penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman dan usahawan.
  • Memperjuangkan genre muzik Irama Malaysia dan Pop.
  • Antara lagu popularnya seperti Dikir Puteri, Hatinya Tak Tahan, Awallah Dondang, Dondang Dendang, Hati Kama (duet bersama Siti Nurhaliza), Ngajat Tampi dan Hala Timur.
  • Keseluruhannya beliau telah merakamkan 13 buah album solo, 12 album kompilasi dan 4 album duet.
  • Album-album studio berkenaan adalah Kaparinyo pada 1986, Nostalgia Malindo (1987), Mengemis Rindu (1987), Inginku Sandarkan Harapan (1988), Masihkah Dirimu Menyayangiku (1990), Noraniza Idris (1992), Ala Dondang (1997), Masyhur (1998), Bekaba (1999), Iktiraf (2000), Aura (2002), Sawo’ Matang (2004) dan Cintaku Satu (2010).
  • Pembabitannya dalam dunia lakonan menerusi filem Sayang Ibu pada 1988.
  • Pernah berkahwin dengan penyanyi Mohd Fauzi Mohd Tajuddin yang lebih dikenali sebagai Fareez dan hasil perkongsian hidup mereka dianugerahkan dua orang anak lelaki iaitu Aliff Haiqal dan Alfeeq Haiqal. Perkahwinan mereka bagaimanapun hanya bertahan sehingga April 2006.
  • Pernikahan keduanya pada 2008 dalam sebuah majlis tertutup bersama seorang yang dikatakan usahawan, cuma bertahan selama 45 hari sebelum sekali lagi bercerai.
  • Kali ketiga Noraniza berkahwin pada 29 September 2011 dengan seorang bilal dari Singapura bernama Jeffri Iman yang merupakan seorang duda anak empat.
  • Akaun Instagramnya atas nama @noraniza_idris sehingga kini mengumpul lebih 78,000 pengikut.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : viral.my

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Perkahwinan Ke-2 Hanya Bertahan 45 Hari, Ini Berlaku Kepada Kak Ani Selepas Nikah Kali Ke-3!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*