Kumpulan Raihan ‘join’ trend Rehan, netizen pula betul2 tak boleh lupa

Raihan merupakan sebuah kumpulan Nasyid yang sangat terkenal sejak tahun 1996 dan sehingga sekarang kumpulan ini masih menjadi ingatan buat ramai apatah lagi lagu-lagunya cukup disukai. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini gara-gara sebuah rakaman video melibatkan seorang gadis Indonesia menyebut nama ‘Rehan’ dalam nyanyiannya menyebabkan juga kumpulan ini menjadi sebutan oleh warganet di Malaysia.

Walau bagaimanapun, nampaknya semakin teruja peminat kumpulan Raihan kerana ahli kumpulan tersebut turut mengikuti trend yang mana video itu dijadikan sebagai content di platform TikTok.

@raihannasheedofficial Raihan menonton Reyhan. Begitu syulit. #reyhan #begitusyulitlupakanrehan #raihan#garismasaraihan ♬ Begitu Sulit Lupakan Raihan – Audio Library

“Raihan menonton Reyhan, begitu syulit,” tulis di akaun Raihannasheedofficial yang mana ia merupakan akaun rasmi milik kumpulan Raihan yang baru sahaja ditubuhkan yang lalunya turut diikuti ramai peminat mereka.

Ternyata tidak hanya video tersebut sahaja yang menarik tumpuan ribuan pengguna platform tersebut malah di video ini juga nampaknya rata-rata peminat mengatakan sememangnya sulit untuk melupakan ‘Rehan’ ini kerana kumpulan Nasyid ini bukanlah calang-calang nama yang mana ramai membesar dengan karya mereka.

@raihannasheedofficial Sulit sungguh lupakan Rehan. Lagi2 Rehan baik kan. #reyhan #begitusyulitlupakanrehan #raihan #garismasaraihan #rehan ♬ original sound – Raihan Nasheed Official

“Sulit sungguh lupakan Rehan. Lagi lagi Rehan baik kan,” itu merupakan lirik yang kelihatan simple namun siapa menyangka ia tidak hanya mencetuskan fenomena di Indonesia malah di Malaysia juga ia mendapat perhatian ramai.

“Waaa ni betul…”

“Kalau Raihan ini…”

“Raihan ni memang…”

“Idola masa kecik…”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : HCL

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Kumpulan Raihan ‘join’ trend Rehan, netizen pula betul2 tak boleh lupa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*