Kuala Lumpur – Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak sesekali mengh.alang minat Siti Aafiyah Khalid sekiranya permata hatinya itu memiliki bakat menyanyi sepertinya.
Namun, jika diberi pilihan, penyanyi lagu J.erat Percintaan itu lebih berharap Aafiyah menjadi ahli perniagaan atau memilih kerjaya lain di luar bidang seni.
Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa juga seperti ibu bapa lain yang mahu anak-anaknya, Aafiyah dan Muhammad Afwa memiliki kerjaya yang terbaik.

Berasakan bukan senang menjadi seorang artis, Siti bimbang sekiranya Aafiyah tidak mampu berdepan c.abaran dan rintangan sebagai pejuang seni.
Saya sudah melalui segala-galanya selama 26 tahun bergelar penyanyi. Namun, saya bersyukur dijaga oleh ahli keluarga, jadi saya diuruskan dengan baik.
Jauh di sudut hati, sebagai ibu sudah tentu ada kerisauan Aafiyah mampu atau sebaliknya. Adakah anak saya saya akan h.anyut dan sebagainya. Itu menjadi kerisauan ibu bapa seperti apa yang dilalui ibu bapa saya.
“Kalau suami nak Aafiyah jadi ahli perniagaan dan meneruskan legasi perniagaan kami, itu membuatkan saya lebih gembira. Bukan senang nak jadi selebriti, tidak seindah disangka, tak seb.uruk yang diduga,” katanya.

Siti ditemui pada sidang media Konsert A Night To R.emember Bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, kelmarin.
Sejak akhir ini, video memaparkan Aafiyah menyanyi sering dikongsi pengguna media sosial, sekali gus ramai beranggapan si comel berusia empat tahun itu akan mengikut jejak langkah ibunya sebagai penyanyi.
Tular di media sosial rakaman video yang memaparkan Aafiyah menunjukkan bakat nyanyiannya ketika sedang bermain buaian ditemani Siti.
Video yang dikongsi menerusi akaun TikTok sitizonersofficial itu memperlihatkan Siti menyanyi lagu Burung Kakak Tua yang disambung oleh Aafiyah.
Ramai memuji kanak-kanak berusia lima tahun itu mempunyai suara merdu yang mewarisi bakat ibunya. Malah ramai menjangkakan Aafiyah akan menjadi penyambung l.egasi Siti apabila dia dewasa kelak.
Mengulas lanjut, Siti berkata, Aafiyah mempunyai pilihan sendiri apabila besar kelak. Katanya, apa yang penting anak sulungnya itu tahu membawa diri.
Bakat adalah anugerah Allah. Saya pun dapat bakat saya daripada ibu saya. Tinggal sahaja, adakah itu pilihan saya atau pilihan anak saya.
“Sebagai ibu, saya kena menyokong dari segi minat dan bakat Aafiyah. Cuma, Aafiyah ada pilihan apabila dewasa. Sekiranya bakat Aafiyah dirasakan luar biasa, tetapi saya percaya paling penting ketahanan m.ental dan f.izikal,” katanya.
Mengulas Konsert A Night To Remember Bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dijadualkan berlangsung di Persada Johor pada 18 dan 19 November ini, Siti berkata, dia akan memastikan persembahan meninggalkan kenangan yang tidak mudah dilupakan.

“Saya tidak boleh lari menyanyikan rangkaian lagu hit dengan memberikan sentuhan berbeza,” katanya yang dijangka mendendangkan 20 lagu.
Selain Siti, konsert itu turut menampilkan penyanyi Aina Abdul dan Khai Bahar dan menyasarkan 5,000 peminat dan sehingga hari ini, 35 peratus tiket konsert dijual dengan harga tiket bermula RM 299.
Kali terakhir, Siti menjayakan konsert di Johor Bahru kira-kira 10 tahun lalu.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : onlinemalaya
Be the first to comment on "Siti Nurhaliza Jawab Adakah Anaknya Aaflyah Akan Jadi Penyanyi Buat Rmai Setuju Dengan Kata Kata Bliau"