Fizikal membongkok kerana masalah tulang belakang, namun Zamani Slam langsung tidak pernah meminta simpati untuk mengumpul kos rawatan. Meskipun tidak selincah dahulu, dia tetap kuatkan diri mencari rezeki termasuklah menjayakan konsert ‘Doa Buat Zamani’ yang berlangsung bulan lalu.
Isteri muat naik kenyataan di status WhatsApp
Walaubagaimanapun, Isteri kepada penyanyi Zamani, Nur Juliana Abd Rani baru-baru ini ada meluahkan rasa terkilan di status WhatsApp kerana Zamani dikatakan cuma menerima untung RM4635. Dia menerusi satu kenyataan seakan memberi gambaran bahawa lebihan keuntungan itu telah dibolot oleh pihak penganjur yang dipercayai rakan terdekat mereka sendiri.
Kata Juliana, dia berasa sedih kerana ada pihak cuba untuk mengambil kesempatan di atas kesusahan suaminya, dipercayai ditujukan kepada individu tertentu.
“Apa dosa dia (Zamani) sampai korang sanggup buat dia macam tu? Sampai sekarang dia masih percaya korang ni kawan dia. Lagi seminggu nak operate tulang (dijalankan hari ini), apa niat baru nak maklumkan benda ni? Memang dia tengah down sekarang. Korang seronok, kan? Kalau dia decide putus harapan untuk hidup atau jadi apa-apa lepas prosedur tu, aku cari korang sampai lubang cacing. Kasihan suami aku satu sen pun tak dapat” – Status Juliana beberapa hari lalu


Mungkin dia (Juliana) tertekan memikirkan keadaan suaminya
Manakala penganjur konsert tersebut, Aalan Ahmad tampil menjelaskan bahawa perkara tersebut telah pun diselesaikan secara baik bersama Zamani pada Sabtu lalu.
Ujarnya, dia berasa terkejut apabila mengetahui tindakan Juliana itu dan memaklumkan bahawa pihak mereka telah menjelaskan semuanya mengenai tiket yang tidak terjual.


Saya masih ingat kenyataan Zamani “tak kisah untung kecil janji tidak berhutang”
Menunjukkan bukti penyata jualan 365 keping tiket, keseluruhan untung kasar yang diraih adalah sebanyak RM116,120. Walaupun nampak lumayan, hakikatnya ia diguna semula bagi membayar upah kru belakang tabir, sewa pentas, artis jemputan termasuklah permit DBKL. Semua bayaran itu mencecah nilai RM111,485.



Isu telah diselesaikan Sabtu lalu…Zamani sudah terima penjelasan Aalan
Tiada unsur ‘songlap’, pihak Aalan menjelaskan sebenarnya isu ini telah selesai sejak Sabtu lalu melalui pertemuan dengan Zamani sendiri. Menganggap Juliana mungkin tersalah faham padahal semuanya sudah dijelaskan, pihaknya tidak akan mengambil sebarang tindakan.
“Saya tak faham kenapa perkara ini berbangkit.” ujarnya.


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : Beautifulnara, ES

Be the first to comment on "“Mana Duit Laki Aku!”-Konsert Raih RM116K Zamani Cuma Dibayar RM4635? Isteri Zamani ‘Mengamuk’ Di Status WhatsApp"