Comelnya. Pelakon Cantik Mia Ahmad Selamat Lahirkan Anak Perempuan Buat Orang Ramai Mendoakan

Kuala Lumpur – Pemain bola sepak Sri Pahang, Mohd Izham Tarmizi berkongsi berita gembira memaklumkan isterinya yang juga pelakon Mia Ahmad s.elamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 1.25 pagi, Selasa.

Bersyukur urusan kelahiran cahaya mata ketiga dipermudahkan, Izham, 32, mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang mendoakan mereka.

Sekadar info, Samihah Mia Ahmad Baderi merupakan seorang pelakon wanita dan model bebas Malaysia. Beliau dikenali menerusi watak lakonannya sebagai Yuhanis dalam drama Hati Perempuan di TV3.

Mia memulakan kerjaya awalnya dalam bidang penerbangan sebagai pramugari di syarikat penerbangan komersial tempatan, AirAsiaX dan EmiratesAirline selama kira-kira 4 tahun sebelum terjun ke dalam dunia hiburan tanah air.

Selepas meninggalkan kerjayanya sebagai pramugari, Mia mula melibatkan diri dalam bidang permodelan dan terbabit dalam iklan TV. Beliau muncul dalam iklan OralB dan Nestle NanGrow sebelum dia menjadi aktif ke dalam bidang lakonan sehingga hari ini.

Terima Kasih Yang Mendoakan

Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak perempuan ketiga kami pada 1.25 pagi tadi.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakannya. Semoga dipermudahkan urusan kalian semuanya,” katanya.

Izham berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Selasa.

Pada Sabtu lalu, Mia atau Samihah Ahmad Baderi, 35, memuat naik video anak keduanya, Iris dengan berkongsi m.omen terakhir sebelum bertukar status menjadi seorang kakak.

Mia turut memohon doa orang ramai agar dipermudahkan urusan kelahiran anaknya kelak.

“Hari terakhir jadi adik hari ni. InsyaAllah esok t.itle kakak dah dia. Mommy emosilah.

Ya Hafiz Ya Muhaimin. Yang Maha menjaga dan Mengawasi, daku serahkan anak-anakku, keluargaku, seluruh isi bumi untuk dijaga dan diawasi oleh Mu, tulisnya.

Untuk rekod, Mia mendirikan rumah tangga dengan Izham pada 13 Januari 2017.

Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata aitu Sayf Issa, 4, dan Iris yang kini berusia dua tahun.

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : Mstar/IG/om

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Comelnya. Pelakon Cantik Mia Ahmad Selamat Lahirkan Anak Perempuan Buat Orang Ramai Mendoakan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*