Diva Azwan Ali Tampil Tegur Cara Mas Idayu Jadi Juri. Ini Kata Kata Beliau Buat Ramai Netizen Tak Sangka

Kuala Lumpur – Terdahulu, persembahan Sissy dan Naim Daniel menerusi lagu Jampi nyanyian asal Hael Hussaini pada minggu keenam, program realiti Famili Duo di TV3 menerima kr.itikan pedas daripada juri tetap, Mas Idayu yang menganggap mereka tidak membawakan lagu itu dengan baik.

Bagaimanapun, Sissy tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata sebaik sahaja menerima k.ritikan berkenaan.

Dalam perkongsian di Instagram, Sissy juga meminta maaf kerana nyanyiannya meng.ecewakan ramai pihak sekali gus menganggap dirinya tidak lagi disayangi dalam bidang muzik.

K.ritikan pedas Mas Idayu pada persembahan Sissy turut mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya kurang bersetuju dengan cara kr.itikan juri tetap program realiti itu.

Azwan Ali Tampil Beri Teguran

Pengacara sensasi, Azwan Ali berpandangan ti.ndakan juri memberikan komen secara berlebih-lebihan tanpa menjaga perasaan peserta yang bertanding dalam program realiti adalah tidak wajar.

Jelasnya, setiap juri berhak mengeluarkan pandangan, kr.itikan mahupun saranan tetapi perlu berlandaskan cara penyampaian yang betul supaya tidak kelihatan b.uruk di kaca televisyen.

Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA juga berharap mana-mana individu yang dilantik menjadi juri supaya menghormati setiap peserta yang bertanding lebih-lebih lagi sekiranya sesebuah rancangan disiarkan secara langsung.

Perlu ada batas apabila nak meng.amuk atau menghe.ntam peserta. Mas Idayu berhak menegur tetapi ada cara yang lebih baik, berlapik dan beretika sebagai tanda sayang kepada peserta.

T.rend Mas Idayu sembur orang ini terus terang saya cakap sudah basi untuk 2023.

“Pada pihak produksi pula jadikan peristiwa ini sebagai iktibar. Tidak kisahlah nak cipta drama atau kejar rating, jangan gunakan kerusi juri untuk meng.eruhkan lagi keadaan serta hormat peserta yang bertanding,” katanya.

Menurut Azwan, dia menegur Mas Idayu dengan pandangan ikhlas sebagai rakan artis yang pernah bekerjasama semasa program Lagu Cinta Kita 2, tiga tahun lalu.

Saya tegur sebab sayang pada Mas Idayu. Kalau saya berada di tempat Sissy Imann mungkin saya sudah tinggalkan terus set semasa siaran langsung.

Tak dinafikan nyanyian Sissy kedengaran agak sedikit s.umbang dan seperti mer.osakkan lagu tersebut, tetapi tegurlah secara baik kerana mereka juga insan seni dan program ini juga adalah berbentuk santai kekeluargaan,” jelasnya.

Disoal penjelasan Mas Idayu semasa ditemubual di stesen radio semalam yang mengambil pendekatan tersebut kerana sayang, Azwan yang sinonim dengan ayat see my level berkata, ti.ndakan yang dibuat hanya jawapan selamat semata-mata.

Itulah jawapan paling selamat sebab sayang. Ini bukan soal sayang tetapi m.aruah seseorang. Walaupun saya tidak pernah dipanggil mana-mana stesen televisyen jadi juri sebab mungkin produksi ingat mulut saya lagi la.ser dari Mas Idayu.

“Bagi saya menjatuhkan m.aruah seseorang dalam keadaan sebegitu adalah tidak boleh diterima. Bagilah alasan apapun, tetap tidak dibenarkan,” katanya.

Ditebak sama ada Sissy tidak mempunyai hati yang k.ental sebagai penyanyi sehingga mengalirkan air mata dan memalingkan muka ketika siaran langsung tersebut, Azwan membidas perkara tersebut.

“Anda bukan berada di tempat Sissy. Kalau kita dik.ecam secara langsung di televisyen sudah tentu tidak tahan juga. Cara kri.tikan tersebut sebenarnya sudah menjatuhkan m.aruah Sissy sebagai peserta dan penyanyi,” katanya.

 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : Kosmo/IG

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Diva Azwan Ali Tampil Tegur Cara Mas Idayu Jadi Juri. Ini Kata Kata Beliau Buat Ramai Netizen Tak Sangka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*