Penyanyi rap, Zizi Kirana mengulas isu panggilan sayang dan status sebenar hubungannya dengan pelakon Yusuf Bahrin selepas warganet kerap kali melihat kedua-duanya intim di media sosial kebelakangan ini.
Selesa Berkawan
Memetik dari Utusan, Zizi juga turut mengakui bahawa dirinya berasa selesa berkawan dengan Yusuf disebabkan dia seorang lelaki yang baik dan suka bercakap lembut. Dalam pada itu, dia tidak meletakkan sebarang status dalam perhubungan mereka.
Saya akui selesa berkawan dengan Yusuf tetapi tak pernah pula meletakkan sebarang status dalam perhubungan ini.
View this post on Instagram
Panggilan Sayang Sebagai Gurauan
Menurutnya lagi, panggilan sayang yang dipanggil oleh Yusuf kepadanya dalam satu video yang menjadi viral sebelum ini hanyalah gurauan semata-mata.
Panggilan sayang itu pun saja-sajalah. Bukanlah sememangnya kami menggunakan panggilan itu. Bergurau saja. Cuma tak sangka pula ramai peminat suka melihat gelagat kami berdua di media sosial
View this post on Instagram
Untuk makluman, baru-baru ini tular sebuah video yang menyaksikan Yusuf berada di rumah ibu Zizi Kirana dan secara spontan memanggil Zizi dengan gelaran sayang. Video tersebut menjadi perhatian apabila ramai peminat memuji dan suka melihat gelagat pasangan ini di media sosial.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia
Sumber : MuraiMy
Be the first to comment on "Kantoi Panggil ‘Sayang’, Zizi Kirana Jawab Status Hubungan Dengan Yusuf"