BLACKPINK berlagak DIVA, David Beckham tunggu mereka 20 minit

Kumpulan K-Pop BLACKPINK dikecam netizen apabila mereka dikatakan terlambat untuk acara promosi sebuah jenama sukan terkenal bersama bekas pemain bola sepak terkemuka dunia, David Beckham.

Perkara itu turut mengundang rasa kurang senang pihak media Korea yang hadir pada acara berkenaan. 

Kecaman itu bermula apabila Beckham melakukan sesi berkenaan tezat pada waktunya dan bermula dengan mengambil foto secara solo dan juga sesi temubual.

Bagaimanapun, acara berkenaan sepatutnya dihadiri Beckham dan BLACKPINK ternyata ia berbeza daripada yang dijadualkan,

BLACKPINK yang dihadiri Jennie, Lisa, Rose dan Jisoo dilaporkan hadir lewat 20 minit pada acara itu menyebabkan penonton yang hadir juga meluahkan rasa kecewa terhadap mereka.

Penonton mendakwa “Memang benar mereka terlewat lebih 20 minit. BLACKPINK merupakan punca acara tersebut terpaksa ditangguhkan buat seketika,” 

Malah wakil acara berkenaan juga meluahkan rasa kesal dengan kejadian terbabit. 

“Acara ini sepatutnya untuk menyambut kehadiran David Beckham ke Korea untuk mempromosikan jenama ini tetap malangnya kelewatan BLACKPINK yang menjadi perbualan hangat,” katanya.

Selain itu, netizen juga melabelkan tindakan BLACKPINK itu agak biadap kerana membuatkan Beckham terpaksa menunggu kehadiran mereka.

pastedGraphic.png

pastedGraphic_1.png

pastedGraphic_2.png

 

Apa komen anda?