Mat salih j4tuh cinta dengan burger tepi jalan… Selamba duduk atas simen makan panas-panas, siap bagi rating 9/10!

SEBUT sahaja tentang Malaysia, topik mengenai makanan pasti menjadi antara ‘modal’ yang sering dibualkan dalam kalangan pelancong.

Bukan sahaja enak, tetapi harganya yang murah serta berpatutan membuatkan rata-rata pelancong jatuh cinta dan memuji makanan Malaysia.

Begitu juga kisahnya dengan seorang pelancong dari Australia yang berkongsi pengalamannya menikm4ti burger jalanan ketika berkunjung ke Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @nicktravelstt, pelancong tersebut berkunjung ke sebuah gerai burger di Petaling Street dan kemudian memesan sebiji burger daging.

Mendengar perbualan ringkasnya bersama pemilik gerai burger yang dikenali sebagai Abang Boo’bo, dipercayai ia bukanlah kunjungan pertamanya ke gerai burger berkenaan.

burger 1

Gelagat pemilik gerai burger Abang Boo’bo turut mencuit hati netizen.

Malah gelagat pemilik gerai burger tersebut yang ceria dan peramah juga membuatkan pelancong itu tidak kekok bersembang.

Tidak berapa lama menunggu, tempahannya disiapkan dan dia tanpa melengahkan masa terus duduk di tepi jalan untuk menikm4ti makanan itu ketika masih panas.

Trying a $1.50 Ramly burger in Malaysia. Rate 9/10. Thanks Boo’bo (Mencuba sebiji burger Ramly di Malaysia. Penilaian 9/10. Terima kasih Boo’bo),” tulisnya dalam video berkenaan.

Sehingga kini, video tersebut meraih perhatian ramai dan merekodkan leih 325,000 jumlah tontonan.

Menyusuri ruangan komen, rata-rata netizen Malaysia melahirkan rasa bangga kerana pelancong berkenaan memuji kesedapan burger jalanan.

@nictravelstt Trying a $1.50 Ramly burger in Malaysia #malaysia #kualalumpur #solotravel #food #ramly #burger #vlog ♬ original sound – nictravels

Malah, ramai yang turut memberi rekomendasi pelbagai jenis burger dan makanan lain untuk dicuba oleh pelancong tersebut.

“Sekeping daging tak cukup. Kena ambil dua keping yang special.

“Selamat datang ke Malaysia. Awak secara rasminya ‘mendarat’ kerana merasai burger tepi jalan.

“Awak tak boleh kata tidak kepada burger jalanan.

“Dia terlalu Malaysia sebab lepak makan burger atas batas simen!” demikian antara komen netizen.

komen burger

Netizen turut memberi rekomendasi kepada pelancong tersebut.

Menjengah akaun TikTok miliknya, pelancong tersebut turut merakamkan video dia menikm4ti pelbagai lagi makanan di Malaysia selain burger jalanan.

Antaranya adalah roti canai, roti bakar, teh tarik, nasi lemak, milo dan roti milo.

Malah dalam salah satu videonya, pelancong tersebut turut memberi markah 8.5 daripada 10 untuk Kuala Lumpur berbanding beberapa negara Asia Tenggara yang diberikan markah lebih rendah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Sumber : mstar.com.my

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Mat salih j4tuh cinta dengan burger tepi jalan… Selamba duduk atas simen makan panas-panas, siap bagi rating 9/10!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*