“Saya suka tengok Lala pakai tudung” itu komen netizen lihat penampilan Wan Sharmila berhijab

Sejak akhir- akhir ini, dapat diperhatikan menerusi laman Instagram pelakon Wan Sharmila, sudah mula berkongsi foto mengenakan hijab.

Biarpun pelakon berkenaan tidak memberi penjelasan tentang imej barunya, boleh dikatakan banyak gambar yang dimuat naik di Instagram (IG) semua berhijab.

Ketika gambar yang muat naik ketika dia bercuti di Osaka Jepun, nampaknya pelakon itu selesa dengan imej menutup sepanjang berada di negara matahari terbit.

Ia sekali gus membuatkan Wan Sharmila kelihatan lebih manis dan cantik dengan berpakaikan menutup aurat dan mengenakan hijab.

Malah, rata-rata pengikut di IG memberi respon positif mengenai imej baru pelakon berkenaan dan ramai yang memujinya.

Piweet!!! Ramai yang suka penampilan pelakon ini.

Apa komen anda?