Azhan Rani Bengang Pensyarah Komen Kerja Grab & Foodpanda Tak Bermaruah

Baru-baru ini tular satu video pendek sebuah rancangan bual bicara menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pelakon Azhan Rani. Video tersebut dikongsikan di laman Instagram beliau.

“Aku baru tertengok video ni. Mengucap panjang aku. Serius aku tak boleh terima. Seorang pensyarah ekonomi dari salah sebuah universiti ternama kat negara ni.

Sedang ko cakap pasal kerja orang tak bermaruah ko baru saja mencalarkan maruah ko sebagai seorang pensyarah, maruah semua pensyarah-pensyarah ekonomi, maruah universiti tempat ko bekerja, malah maruah aku yang sebangsa dengan ko.

“Moralnya siapa kita nak menghakimi tentang maruah orang lain? kata-kata seharusnya mencerminkan ketinggian akal budi diri sendiri,” tulis Azhan Rani.

Tulisan Azhan Rani itu mendapat sokongan teman-teman artis seperti Amy Search dan Nur Khiriah, serta ramai netizen yang turut berkongsi pandangan mereka juga.

“Kalau aku ada ijazah dan belum dapat kerja, aku carilah kerja yang aku suka. Takkan nak duduk terkangkang kat rumah. Apalah,” komen Raja Rock, Amy Search tentang video tersebut.

pastedGraphic.png

pastedGraphic_1.png